Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sengaja Rempuh Tiang Demi...

JAKARTA : Tular dalam media sosial sebuah video yang menunjukkan sebuah kereta rasmi...

Pameran Firaun Ramses II,...

KUCHING - Pameran Firaun Ramses II dan Raja Tut yang dilapor akan dianjurkan...

Najib Ucap Takziah Kemangkatan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah atas...

Penuntut Perubatan Disaran Tingkat...

SUNGAI BULOH – Penuntut perubatan di negara ini disaran meningkatkan kemahiran berkomunikasi sebagai...

Pertama Wish Birthday, Sufian Hadiah Elfira 23 Ros

ALAHAI… sweet sungguh penyanyi Sufian Suhaimi rupa-rupanya.

Kalau anda nak tahu, semalam merupakan hari jadi pelakon terkenal Elfira Loy yang ke-23 tahun.

Sempena hari istimewa itu, Sufian dikatakan telah menghadiahkan sejambak bunga ros berjumlah 23 kuntum kepada Elfira.

Perkara itu dikongi Elfira yang memuat naik gambar Sufian membuat kejutan dengan menghantar bunga itu ke rumahnya pada tengah malam menerusi Insta Stories.

Difahamkan, Sufian merupakan individu pertama yang memberi ucapan hari jadi kepada Elfira berdasarkan no. ‘1’ yang ditulis pada gambar itu.

Sementara itu, Elfira turut mengucapkan terima kasih kepada penyanyi lagu Terakhir itu atas hadiah jambangan bunga ros tersebut.

Pertama Wish Birthday, Sufian Hadiah Elfira 23 Ros


Terdahulu, memang ada khabar angin mendakwa sudah ada bibit-bibit cinta yang baru mula berputik di antara Sufian dan Elfira.

Pertama Wish Birthday, Sufian Hadiah Elfira 23 Ros
Lebih panas, Sufian dikatakan sanggup meninggalkan bekas teman wanitanya, Izyan demi Elfira.

Baca: Demi Elfira, Sufian Suhaimi Tinggalkan Kekasih Lama?

Bagaimanapun, Sufian menafikan hal tersebut termasuk menjelaskan hubungannya dengan Elfira hanya sekadar kawan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori