Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

7 Cedera Dalam Kemalangan...

SRI AMAN – Tujuh cedera dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah van, yang...

Projek ECRL Dirancang Minimum...

KUALA TERENGGANU : Jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665 kilometer...

Mati Dihempap Papan Iklan...

NEW DELHI - Empat orang maut, manakala lima lagi parah dihempap bingkai papan...

Nelayan Minta Kerajaan Kaji...

LANGKAWI - Nelayan di pulau peranginan ini berharap kerajaan dapat mengkaji semula harga...

YBAM Kecam Usaha Perkasa Mahkamah Syariah

KUALA LUMPUR – Persatuan Belia Buddhist Malaysia (YBAM) akan bergandingan bahu dengan parti politik yang menentang usaha meminda Akta 355 bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah di negara ini.

YBAM dalam satu kenyataan media mendakwa, persatuan itu yang mewakili 270 buah organisasi Buddhis di seluruh Malaysia menyeru seluruh penganut agama Buddha bersuara lantang membantah pindaan Akta 355 di Dewan Rakyat.

“YBAM akan bersuara bersama dengan wakil rakyat yang membantah pindaan Akta 355 tersebut.

“Pindaan Akta 355 akan meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam had hukuman jenayah dan menyebabkan ketidakselarasan perlaksanaan sistem perundangan Malaysia,” kata kenyataan itu hari ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini membentangkan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) di Parlimen.

Usul itu jika diluluskan bakal menambah hukuman yang boleh dikenakan ke atas umat Islam yang melakukan kesalahan syariah termasuk berzina dan minum arak.

Usaha itu bagaimanapun ditentang hebat oleh parti politik yang membarisi Pakatan Harapan iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

DAP mendakwa RUU355 merupakan taktik halus PAS untuk memperkenalkan hukum Islam yang kuno, zalim dan menindas di Malaysia.

Manakala PKR dan PAN menyifatkan RUU355 oleh PAS mengelirukan dan mengundang rasa tidak senang bukan Islam di negara ini.


Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang diketahui umum sering bertindak sebagai lidah pakatan dalam isu-isu berkaitan Islam di negara ini turut membantah RUU355 dengan menggunakan hujah agama.

Beliau malah mendakwa kononnya Islam melarang sebarang tangkapan dan hukuman dikenakan ke atas umat Islam yang berzina jika zina itu dilakukan secara bersembunyi seperti dalam rumah yang berkunci.

YBAM seterusnya berkata, pindaan Akta 355 perlu ditentang kerana ia akan meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah di negara ini.

Kata YBAM, pindaan Akta 355 tersebut juga menyebabkan hukuman berat dikenalkan ke atas jenayah yang kurang serius.

“Seandainya Akta 355 dipinda, hukuman Hudud yang diusulkan oleh PAS akan dilaksanakan di Malaysia.

“Natijah daripada itu, Malaysia akan beransur-ansur menuju kepada pemerintahan teokratik dan selanjutnya menyebabkan keruntuhan sistem undang-undang dan sistem sekular negara kita,” kata YBAM. – MYNEWSHUB.CC

Kategori