Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Cuaca Panas Melampau Di...

BUENOS AIRES : Penduduk berasa bagai dipanggang apabila sebahagian besar Argentina dan negara-negara...

Kes Kematian Menantu TPM:...

SEORANG doktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen, Kuala Lumpur, pada Jumaat, di...

PKPB Di KL, Putrajaya,...

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,...

Lelaki Didenda RM1,000 Tumbuk...

KUALA LUMPUR - Hanya kerana tidak berpuas hati dengan bayaran gaji yang diterima,...

Yoyo FAM: Daripada Anak Raja Kepada Anak Raja

INI bukah kisah mencabar institusi diraja. Jangan risau – Perlembagaan melindungi kekebalan institusi istana dalam apa juga keadaan pun. Kita sebuah negara Raja Berperlembagaan.

Cuma, apabila anak-anak raja sudah masuk ke gelanggang FAM, baju kebal raja kenalah dibuang. Jiwa kena merakyat sejajar dengan sifat bola sepak sebagai sukan utama milik 30 juta rakyat negara ini.

Jadi, persekitaran bola sepak ada langgam tersendiri. Yakni, bahasa sukan. Bahasa sukan tidak ada jarak antara dewata dan jelata.

Bahasa sukan sangat mudah dan efisien. Anda cemerlang anda dipuji. Anda lingkupkan sukan, bersedialah untuk dikeji.

Jadi, kalau bola sepak merudum – manalah tahu malangnya tersumpah jatuh sampai ranking 200 – janganlah kritikan awam yang bersifat sukan nantinya, diseret jadi tuduhan hasutan terhadap konsep Raja Berpelembagaan.

Peminat sukan sayangkan bola sepak. Bukan sehari dua. Istana dah empat dekad menjadi penakluk kepimpinan bola sepak.

Dan maaf cakap – hasilnya memalukan. Di zaman Hamzah Abu Samah, kita pernah berada di rangking 70 negara terbaik.

Kini, realitinya – selepas anak raja yang seorang itu pergi, datang lagi anak raja pada Sabtu lalu memimpin FAM. Relatif ranking kita ialah 160.

Baiklah. Anda semua apabila dalam FAM bulanlah lagi anak raja. Anda presiden sukan nombor satu. Anda presiden sukan yang rakyat sudah berdekad mengharapkan kita kembali ke persada Asia sebagai Top 10.

Kalau pun masih jauh nak ke Piala Dunia.

Kepada TMJ, tahniah. Setelah banyak drama sensasi sejak Pemilihan 2014 – apabila anak raja lawan anak raja – kini mulai 24 Mac – dengan sah mengikut perlembagaan FAM – anda adalah presiden.

Justeru, seperti ahli politik yang banyak gimik sensasi apabila mendapat mikrofon – TMJ pun boleh janji macam-macam. Matlamat dalam banyak hal, ada kala macam ucapan salesman menjual sabun.

Sangat cantik dan sempurna ayatnya ketika mempromosi produk. Selut pun dikatakan lendir anti bakteria terbersih di dunia!


Bagilah apa pun janji. Buang dan lantiklah sesiapa yang presiden suka. Nama pun presiden pula, kalau tidak tunjuk kuasa – apa hal bertanding jadi ketua?

Cuma akhirnya, kita mahukan keputusan. Paling dekat ialah pusingan kedua menuju Piala Asia. Kita dah tercicir dalam kelayakan automatik.

Jadi kena main pusingan ihsan untuk melengkapkan format baharu Piala Asia 2018 yang pertama kali menempatkan 32 pasukan daripada 46 negara ahli AFC.

Kalau kuota 32 pasukan pun masih tidak layak juga – memang Harimau Malaysia hanyalah kacang rebus dalam benua Asia. Dikupas dan dikunyah isinya; kulit dibuang jadi sampah di stesen bas.

Jadi, fokus misi peringkat ini. Korea Utara dan Filipina adalah saingan. Kalau prestasi sekarang dengan keputusan mutakhir seri 0-0 ketika perlawanan persahabatan melawan Filipina minggu lalu diambil serius, sahnya status kacang rebus masih relevan dengan Harimau Malaya.

TMJ sudah membuktikan kejayaan bersama Harimau Selatan. Tapi bagi kita, Piala Kelab AFC masih kelas ayam. Kita mahu skuad kebangsaan ke Sukan Asia.

Tolong! Jangan sasar emas Sukan Sea sebagai KPI. Kita sudah tidak layan pingat sukan Sea kelas bawah umur ini.

Jadi sebagai salam permulaan tugas. Buatlah apa yang TMJ rasakan sebagai kebijaksanaan strategik. Itu wajar, kerana selama tiga tahun ini, TMJ menggambarkan dirinya sebagai Mr. Football Malaysia.

Cuma jangan esok – apabila semua yang dicakap tidak menjadi – kita kena baca pula sebuah novel Kegagalan Bolasepak – karya seorang lagi anak raja! – MYNEWSHUB.CC

Kategori