Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Rakyat Malaysia Digesa Tampil...

KUALA LUMPUR - Kadar penderma sepanjang Ramadan menurun hampir 40 peratus menyebabkan Pusat Darah Negara (PDN) mengalami kekurangan bekalan darah terutamanya semasa Aidilfitri.Sehubungan itu,...

H5N1 Dikesan Pada Lembu...

AUSTIN - Lembu di ladang tenusu Texas dan Kansas, Amerika Syarikat (AS) diuji...

Dakwaan Hasil Jualan Kasut...

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik hari ini menafikan beliau mengeluarkan...

Pening… Cikgu Tiba-Tiba Amuk...

TULAR menerusi media sosial apabila seorang guru berbangsa Cina telah mengamuk secara tiba-tiba...

Penguatkuasaan Sempadan Diarah Lebih Proaktif

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan semua keputusan dasar yang telah diputuskan kerajaan, khususnya dalam aspek keselamatan sempadan, disusuli dengan tindakan yang proaktif dan menyeluruh oleh agensi-agensi penguatkuasaan.

Beliau berkata langkah itu bertujuan memastikan keberkesanan operasi kawalan sempadan negara dalam membanteras kegiatan jenayah rentas sempadan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri Ketika berkata demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat Peringkat Tertinggi Mengenai Keselamatan dan Kawalan Sempadan Negara di sini, hari ini.

Mesyuarat kali pertama itu diadakan bagi memfokuskan kepada isu, cabaran yang dihadapi serta kerjasama strategik dalam kalangan agensi-agensi penguatkuasaan untuk memperkasa tahap kawalan keselamatan di sempadan darat negara.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena mesyuarat itu, Ahmad Zahid berkata penubuhan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) sebagai agensi khusus yang menumpukan kepada aspek operasi pencegahan kegiatan penyeludupan atau sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang di sempadan darat Malaysia, merupakan langkah yang wajar dan bertepatan.

“Ini kerana lima agensi utama yang bergabung di bawah AKSEM iaitu Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) mempunyai bidang kepakaran dan kekuatan berbeza,” katanya.

Ahmad Zahid berkata AKSEM juga akan melaksanakan kerjasama strategik dengan agensi penguatkuasaan lain khususnya yang beroperasi di sempadan darat negara.


“Kerjasama itu melibatkan pelbagai aspek seperti perkongsian maklumat perisikan dan melaksanakan aktiviti penguatkuasaan secara bersepadu bagi mengoptimumkan impak, strategi serta keberkesanan operasi yang dijalankan,” katanya.

Beliau berkata Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan turut bekerjasama bagi membantu agensi-agensi penguatkuasaan sedia ada untuk melaksanakan kawalan di sempadan negara khususnya di Sabah dan Sarawak.

“Pendekatan ini merupakan satu lagi langkah ke hadapan yang diambil bagi menggunakan sepenuhnya keupayaan agensi-agensi sedia ada untuk turut memainkan peranan membantu memperkukuh kawalan di sempadan negara,” katanya.

Pada mesyuarat itu, sebanyak empat kertas taklimat dibentangkan termasuk Pemerkasaan Pengurusan Keselamatan Sempadan Negara dan Pengoperasian Kawalan Sempadan Darat Negara.

Selain itu, kertas taklimat Penyertaan RELA Dalam Membantu Agensi Penguatkuasa Melaksanakan Kawalan Sempadan di Sabah dan Sarawak serta Pengoperasian Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) di Pintu-pintu Masuk Sempadan Negara juga dibentangkan. – BERNAMA

Kategori