Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pembantu Pejabat Didenda, Rakam...

KUALA LUMPUR - Akibat merakam video seorang pelajar wanita sedang mandi, seorang pembantu...

Penduduk Umpama Zombie Akibat...

KERANA Pokemon Go, penduduk di kawasan berhampiran taman memorial untuk memperingati wira perang di...

RM5.7 Bilion Wang Tak...

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM5.7 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) masih berada dalam...

Tak Patuh SOP Bukan...

KUALA LUMPUR: Kewujudan kluster baharu jangkitan COVID-19 dalam kalangan warga asing di pelbagai...

Zahid Terima Kunjungan Hormat Menteri Negara Asing

LANGKAWI – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan hormat daripada beberapa menteri negara asing bersempena Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA’17) di sini.

Pada sesi pertama, Ahmad Zahid menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Kedua Singapura, Ong Ye Kung dan Menteri Pengangkutan Kedua Singapura Ng Chee Meng, yang berlangsung selama 20 minit.

Beliau kemudian menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan dan Keselamatan Kebangsaan Fiji Inoke Kubuabola.

Turut hadir semasa kunjungan itu Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Lebih daripada 550 pempamer aeroangkasa dan maritim dari 36 negara mempamerkan produk mereka pada pameran LIMA ’17 selama lima hari yang bermula hari ini. – BERNAMA

Kategori