Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lucu… Robot Pembersih ‘Kantoi’...

SITUASI terserempak dengan pasangan kekasih yang sedang melakukan hubungan intim sudah semestinya memberikan...

Nenek Mati Akibat Ditikam...

JOHOR BAHRU - Seorang nenek yang dipercayai dibunuh cucu lelakinya di Felda Pengeli...

Anggota UMNO Keluar Parti...

KUALA LUMPUR - Tindakan anggota UMNO meninggalkan parti ketika sedang menghadapi proses pemilihan...

Kain Rentang ‘FAM Bangsat’...

IPOH - Perlawanan di antara pasukan Perak dan Johor Darul Takzim (JDT) semalam...

Rakun Dalam Video Lucah, Zoo Saman Syarikat Iklan

SEBUAH zoo di Moscow telah menyaman syarikat pengiklanan selepas salah seekor rakun miliknya terlibat dalam video lucah.

Zoo Guide Moscow mendakwa tindakan syarikat Art-Msk menggunakan binatang berkenaan bagi tujuan tersebut adalah seperti ‘kebinatangan’. Rakun itu telah disewa oleh Art-Mask pada Ogos 2016.

Ketika menyewa rakun terbabit, Art-Msk memberitahu binatang berkenaan hanya diperlukan untuk berada di bawah selimut dan tuala sahaja sepanjang penggambaran, tanpa manusia.

Rakun Dalam Video Lucah, Zoo Saman Syarikat Iklan

Namun selepas iklan itu diterbitkan di internet, barulah kakitangan zoo menyedari bahawa binatang terbabit sebenarnya digunakan di dalam video itu bersama dengan seorang wanita bogel.


Pihak zoo telah meminta syarikat terbabit membuang video  tersebut namun mereka tidak menerima sebarang maklum balas.

Selain tuntutan agar video itu dibuang, pihak zoo juga mahu syarikat tersebut membayar ganti rugi selain pembikinan adegan erotik melibatkan binatang adalah melanggar hak-hak binatang tersebut.

Dalam pada itu, jurucakap zoo berkata, selepas penggambaran video berkenaan, rakun tersebut yang dinamakan sebagai Thomas berada dalam keadaan terkejut dan takut dengan kamera video. – MYNEWSHUB.CC

Kategori