BEKAS anggota Spice Girls, Mel B membuat pendedahan yang mengejutkan apabila mendakwa suaminya, Stephen Belafonte berkelakuan ganas sejak tahun pertama mereka berkahwin pada 2007.
Daily Mail melaporkan, Mel B mendapatkan perintah larangan daripada mahkamah selepas mendakwa Stephen memukulnya, menghamilkan pengasuh anak mereka dan memaksanya melakukan seks beramai-ramai sepanjang 10 tahun perkahwinan.
Penyanyi itu yang memfailkan perceraian dengan penerbit itu bulan lalu turut mendapatkan perintah mahkamah bagi menuntut Stephen menjauhinya serta tiga anak mereka.
Mel mendakwa ditumbuk, dicekik dan dihempas ke lantai ketika dia membuat persiapan untuk sebuah rancangan televisyen iaitu Dancing With The Stars.
Memetik laporan TMZ, Mel mendakwa bibirnya pecah akibat ditumbuk suaminya selepas rakaman Mel dengan Usher pada 2012.
Selain penderaan fizikal itu, Mel mendakwa Stephen juga menghamilkan pengasuh anak mereka serta mencadangkan mereka bertiga tinggal bersama dengan bayi dikandung pengasuh itu.
Pengasuh itu dikatakan menggugurkan kandungan dan dibayar AS$300,000.
Mel juga mendakwa Stephen memaksanya menyertai hubungan seks dengan lelaki itu serta wanita lain dengan mengancam menyiarkan rakaman video hubungan seks mereka jika dia enggan.
Jelasnya, tindakan Stephen menderanya sebagai peringatan kepada Mel bahawa suaminya itu lebih berkuasa walaupun Mel sudah berjaya.
Bagaimanapun, Stephen menafikan semua dakwaan tersebut. – MYNEWSHUB.CC