SHANGHAI – Sebuah kapal asing yang membawa 14 orang penumpang karam berhampiran muara Yangtze pada Khamis, kata pihak berkuasa maritim Shanghai lapor agensi berita China Xinhua.
Kapal yang turut membawa 4,850 tan gegelung keluli itu dipercayai terbalik awal pagi Khamis selepas berlaku pelanggaran, menurut seorang pegawai biro maritim Shanghai.
Kapal sepanjang 97 meter berkenaan didaftarkan di Kiribati sebuah negara di barat Lautan Pasifik.
Dua anak kapal berjaya diselamatkan oleh sebuah kapal Panama. Pencarian 12 lagi anak kapal sedang dilakukan.
Sebanyak 17 kapal digerakkan untuk membantu operasi mencari. – BERNAMA