Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Jenazah Pendaki Malaysia Akan...

SHAH ALAM - Jenazah pendaki Malaysia, Zulkifli Yusof, 37, yang meninggal dunia semasa...

Tegang! Pembelaan Pertikai Kaedah...

KUALA LUMPUR – Perbicaraan hari keempat kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib...

Kerana ‘Nikmat’ RM165, Dua...

BAYARAN RM165 untuk khidmat seks menyebabkan dua wanita tempatan diarahkan membayar denda RM3,500...

Bekas Peserta Ratu Cantik...

PESERTA ratu cantik Wales, Kumari Mahendran berdepan dengan detik-detik mencemaskan selepas ditikam dengan...

2 Beradik Rentung Dalam Kebakaran Di Lawas

MIRI – Niat seorang adik lelaki untuk menyelamatkan abangnya dalam kebakaran berakhir dengan tragedi apabila kedua-duanya rentung dalam satu kejadian di sebuah rumah dua tingkat di Kampung Melusok, Jalan Punang Lawas di Limbang awal pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lawas Zaki Hussin berkata ketika kejadian pada 2.19 pagi, Teo Yin Tiong, 57, cuba menyelamatkan abangnya Teo Yin See, 58, yang berada di tingkat atas rumah itu ketika api sedang marak.

Usaha itu bagaimanapun gagal akibat asap tebal pada tingkat bawah menyebabkan kedua-dua mangsa terperangkap, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata menurut saksi, asap tebal kelihatan di dalam dan luar tingkat bawah rumah itu semasa kejadian berlaku.


Zaki berkata bomba tiba ke lokasi kejadian pada 2.23 pagi dan operasi tamat pada 4.30 pagi manakala punca kebakaran serta jumlah sebenar penghuni kediaman itu masih disiasat. – BERNAMA

Kategori