Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Berusia 3,000 Tahun Fosil...

BERMULA tahun 2011, para arkeologi dan pengkaji sejarah telah melakukan kerja-kerja cari gali...

P.Pinang Cuma Beri Bonus...

GEORGE TOWN - Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini mengumumkan bonus RM2,000 hanya...

Amaran Angin Kencang, Laut...

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan amaran angin kencang dan laut...

Jangan Jumud, Buat Kesimpulan...

PETALING JAYA - Peguam Haniff Khatri Abdulla berkata, orang ramai tidak patut membuat...

2 Lelaki Ditahan, Dadah Bernilai RM222,000 Dirampas

GEORGE TOWN – Polis menahan dua anggota sindiket pengedaran dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM222,000 serta wang tunai RM70,000 dalam beberapa serbuan di sekitar Pulau Pinang, semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan di Jelutong pada 12.05 malam semalam selepas polis mengekori kereta Toyota Vios yang dipandu lelaki itu.

“Hasil pemeriksaan, polis menemukan ketamin seberat 53.2 gram; 100 biji pil erimin 5; dan 120 biji pil ecstacy,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata berikutan penahanan itu, polis membuat dua serbuan iaitu di rumah lelaki terbabit di Butterworth dan sebuah rumah lagi di Taman Chai Leng Park, Perai, dekat sini serta menahan seorang lelaki berusia 56 tahun.

Polis merampas ketamin seberat 12.45 gram; 12 biji pil ecstacy; dan tujuh biji pil erimin 5 dari rumah lelaki terbabit di Butterworth dan wang tunai sebanyak RM70,000 daripada lelaki yang ditahan di Taman Chai Leng Park, katanya.

“Ekoran penahanan lelaki kedua, polis membuat serbuan di sebuah lagi rumah di Jalan Harbour Place, Butterworth dan merampas ketamin seberat 1,275 gram; syabu (510 gram); dan 3,425 biji pil ecstacy.


“Kediaman jenis apartmen itu dijadikan tempat menyimpan dan membungkus dadah sebelum dijual kepada pembeli,” katanya.

Mior Faridalathrash berkata siasatan awal mendapati dua lelaki yang kini direman tujuh hari itu aktif sejak lima bulan lepas.

Sementara itu dalam perkembangan lain beliau berkata polis sedang mengesan dua lelaki yang disyaki meragut seorang penunggang basikal di Bukit Gambir pada Selasa dan video insiden berkenaan menjadi tular di media sosial sejak semalam.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 2.15 petang itu, dua lelaki menaiki sebuah motosikal meragut beg lelaki Bangladesh berusia lingkungan 40-an yang sedang menunggang basikal. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • dadah

Kategori