LABUAN – Dua buah rumah separa papan dan sebuah kedai runcit di Jalan Pohon Batu dekat sini musnah dalam kebakaran hari ini, dengan kerugian dianggarkan berjumlah lebih RM300, 000.
Kebakaran bermula kira-kira 2 petang dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Zainal Madasin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.07 petang dan segera menggegaskan sebuah jentera serta 40 anggota ke lokasi.
“Semasa anggota kami tiba beberapa minit kemudian, api telah pun merebak dengan cepat berikutan keadaan berangin selain kedudukan rumah yang sangat rapat dan terletak berhampiran pantai,” katanya kepada Bernama hari ini.
Punca kebakaran sedang disiasat, katanya. – BERNAMA