Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Petronas Untung RM10 Bilion...

KUKUH... Konglomerat minyak negara, Petronas terus mengukuhkan kewangan setelah mencatat keuntungan selepas cukai...

Dua Lelaki Cuba Seludup...

TANAH MERAH: Dua lelaki warganegara Thailand diberkas anggota Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu...

Tiada Terkecuali Daripada Disiasat...

BANTING – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan tiada siapa pun akan terkecuali...

Tun Abdullah Ayub Meninggal...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Abdullah Ayub, 92, meninggal dunia...

24 Maut Bas Bertembung Trak Di Selatan Mexico

BANDAR MEXICO – Seramai 24 penumpang bas yang sedang dalam perjalanan untuk bercuti sempena Hari Easter maut dalam nahas membabitkan sebuah bas dengan trak tangki minyak di selatan Mexico pada Khamis.

Nahas itu turut mendapat perhatian Presiden Mexico Enrique Pena Nieto yang mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa melalui Twitternya.

Trak dengan muatan bahan api itu meletup dan terbakar sejurus selepas bertembung dengan bas berkenaan.

Kemalangan berlaku di lebuh raya di bandar Petacalco, Guerrero berhampiran Pelabuhan Pasifik di Lazaro Cardenas, Michoacan.

Kedua-dua pemandu kenderaan antara yang maut.


Sembilan lagi mangsa yang cedera berusia antara tiga hingga 56 tahun dibawa ke sebuah hospital di Lazaro Cardenas.

Punca nahas masih disiasat, kata Setiausaha Perlindungan Awam Guerrero Cesar Mayeres. – BERNAMA-NNN-AGENCIES

Kategori