Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Cuaca Panas Tahap 1...

KUALA LUMPUR : Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas dan Kuala Krai di Kelantan...

Kisah Adam Corrie Solat...

KUALA LUMPUR - Ceritanya mungkin nampak agak pelik, namun itulah yang pernah berlaku...

Pahang Rancakkan Sektor Agro-Pelancongan

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang akan merancakkan lagi sektor agropelancongan di beberapa kawasan...

BN Labuan Berusaha Tingkatkan...

LABUAN - Jentera Barisan Nasional (BN) Labuan akan bekerja keras bagi memastikan gabungan...

25 Warga Asing Termasuk 3 Wanita Ditahan Di Perai

BUTTERWORTH – Seramai 25 warga asing termasuk tiga wanita ditahan dalam Ops Bersama oleh Jabatan Imigresen bersama beberapa agensi lain di Flat Taman Pelangi, Perai di sini pada Jumaat.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Khwaja Banthey Navaz Mohamed Haneef berkata dalam operasi bermula petang hingga 10 malam itu, pihaknya menjalankan pemeriksaan di pasar malam dan beberapa kedai runcit di kawasan flat berkenaan.

“Semasa operasi itu, penguatkuasa kami menyamar sebagai pembeli sebelum berjaya menahan warga 20 lelaki warga asing yang bekerja di pelbagai gerai di pasar malam berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata lima lagi warga asing termasuk tiga wanita ditahan dalam pemeriksaan di dua buah kedai runcit serta sebuah gerai makanan dan minuman di kawasan yang sama.


Khwaja Banthey Navaz berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 18 lelaki Bangladesh, tiga Wanita Indonesia, dua lelaki Myanmar dan masing-masing seorang lelaki Vietnam serta Nepal, berusia 25 hingga 42 tahun.

Menurutnya, semua mereka yang ditahan tidak mempunyai dokumen perjalanan diri, tinggal lebih masa dan menyalahguna pas lawatan sosial . Kesemua mereka kemudian dibawa ke pejabat Jabatan Imigresen negeri untuk didokumentasi sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Juru bagi siasatan lanjut. – BERNAMA

Kategori