Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

5 Kawasan Catat Indeks...

KANGAR - Jabatan Kesihatan Perlis mendapati lima dari 19 kawasan yang diperiksa dari...

Kerajaan Komited Tingkat Pendidikan...

KUALA LUMPUR - Pembangunan pesat sekolah Tamil di seluruh negara bukti komitmen kerajaan...

Ah Ma Diabadikan Dalam...

KUALA LUMPUR - Marisa Ridzuan Ng, 39, telah mengadakan tiga pameran lukisan solo...

4,922 Kes Baharu Covid-19

PETALING JAYA: Sebanyak 4,922 kes positif baharu Covid-19 dicatatkan hari ini, berbanding 5,713...

26 Individu Ditahan Terlibat Judi, Loteri Tanpa Lesen

JOHOR BAHRU – Polis menahan 26 individu termasuk seorang wanita dipercayai terlibat dalam aktiviti judi dan loteri awam tanpa lesen di 26 premis di negeri itu, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata serbuan bermula pada 4.30 petang hingga 7 malam itu melibatkan operasi di empat daerah termasuk Johor Bahru, Kota Tinggi dan Batu Pahat.

Menurut beliau, serbuan itu dilakukan di pelbagai premis perniagaan termasuk kedai runcit dan kedai menjual telefon bimbit.

“Kesemua yang ditahan berumur 17 hingga 48 tahun dan terdiri daripada 24 lelaki dan seorang wanita tempatan serta seorang lelaki warga asing, ” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Selain itu, polis turut merampas 26 unit telefon, 26 unit mesin pencetak dan wang tunai bernilai RM1,281 yang dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti itu. – BERNAMA

Kategori