Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

TMJ Harap Pengadil Bersikap...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menganggap Johor Darul...

PAU 2015 Meriah ‘Gila’...

PERSEKITARAN Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara seolah-olah dilanda ‘jerebu manusia’...

1MDB Bayar Balik Pinjaman...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah membuat bayaran penuh pinjaman berjumlah...

Hakim Tangguh Perbicaraan Dokumen...

WASHINGTON - Perbicaraan hari pertama kes bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

3 Maut, Polis AKSEM Cedera Dalam Kemalangan

BUKIT KAYU HITAM – Tiga maut manakala seorang polis Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) Bukit Kayu Hitam cedera dalam kemalangan di kilometer 69, Lebuhraya Utara-Selatan, berhadapan kawasan rehat restoran CTC dekat sini, hari ini.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Supt. Zahari Mohamed berkata, kejadian berlaku pada pukul 3 petang apabila sebuah kereta jenis Toyota Fortuner dipandu oleh seorang polis Aksem dari arah Alor Setar ke Bukit Kayu Hitam tidak dapat mengelak sebuah teksi yang membuat pusingan U di kawasan yang tidak dibenarkan.

“Pemandu teksi berkenaan dari arah bertentangan tiba-tiba mahu membelok ke kanan menghala ke arah kawasan rehat restoran CTC, akibat jarak terlalu dekat pemandu Toyota Fortuner tidak sempat mengelak dan berlaku perlanggaran,” katanya ketika dihubungi.

Akibat pelanggaran, pemandu teksi berkenaan, A. Krishnan, 64; penumpang hadapan, S. Ravi, 52; dan T. Krishnan, 56; yang duduk di bahagian belakang tersepit pada kenderaan dan maut di tempat kejadian.

Manakala seorang lagi penumpang belakang teksi berkenaan, Mohd Naufal Jari Ravi, 52, dan pemandu Toyota Fortuner, Mohd Nadzeri Jasin, 52, hanya cedera ringan dan kini dirawat di Hospital Jitra.


Sementara itu Komander AKSEM Kedah Abd Latif Abd Rahman ketika dihubungi berkata, kakitangan AKSEM yang memandu kenderaan jabatan itu sedang dalam perjalanan ke kompleks AKSEM Bukit Kayu Hitam.

“Kenderaan berkenaan untuk tugasan rasmi sebenarnya baru sahaja diservis di Changlun, jadi pemandu berkenaan sedang dalam perjalanan membawa kereta tersebut kembali kompleks,” katanya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Kategori