Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Runding Keperluan Aset Yang...

LAHAD DATU - Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan pihak Kawasan Keselamatan...

Kaunter LHDN Seluruh Negara...

KUALA LUMPUR - Kaunter perkhidmatan e-Filing dan bayaran cukai di semua cawangan Lembaga...

“Doa Yang Baik, Kalau...

NAMPAKNYA demam Fattzura masih belum reda lagi dalam kalangan peminat drama Hero Seorang...

AS, China Paling Banyak...

OSLO – Amerika Syarikat (AS) dan China merupakan penyumbang terbesar sampah elektronik seperti...

4 Lelaki Ditahan Disyaki Pukul Penyelia Kilang

JOHOR BAHRU – Polis menahan empat lelaki kerana disyaki memukul seorang penyelia kilang perabot di hadapan sebuah pusat hiburan di Bukit Indah, di sini dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Noor Hashim Mohamad berkata seorang daripada mereka ditahan pada pukul 11.50 malam di Mutiara Rini, di sini Isnin lepas, manakala tiga yang lain ditahan di Bukit Indah, kira-kira sejam kemudian.

“Kesemua yang ditahan berumur antara 19 dan 24 tahun. Polis turut merampas sebuah kereta jenis Toyota Vios hasil penahanan lelaki di Mutiara Rini itu,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Noor Hashim berkata keempat-empat mereka diburu selepas polis menerima laporan daripada penyelia kilang perabot itu pada pukul 6.50 petang Isnin lalu.

Penyelia lelaki berumur 32 tahun itu mendakwa dipukul dengan botol kaca oleh empat hingga lima lelaki pada kira-kira pukul 3 pagi Isnin.

​​​”Ketika kejadian, pengawal keselamatan yang melihat pergaduhan itu cuba meleraikan keadaan dan mangsa (penyelia) kemudian bertindak melarikan diri sebelum datang ke balai polis untuk membuat laporan,” katanya sambil menambah mangsa turut mengalami bengkak di kepala, luka di bibir dan calar di badan.


Menurut Noor Hashim, hasil ujian saringan air kencing mendapati dua daripada empat lelaki itu positif dadah jenis amphetamine.

Beliau berkata kesemua mereka mengaku berada di tempat kejadian semasa pergaduhan, namun, motif pergaduhan masih dalam siasatan.

Kesemua mereka kini direman tiga hari bermula semalam hingga esok mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh, katanya. – BERNAMA

Kategori