Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Lelaki Masih Hidup Biarpun...

INSIDEN ngeri membabitkan kemalangan eskalator bukan lagi perkara baharu malah merupakan isu hangat...

Zaid, Khairuddin Gagal Dalam...

PUTRAJAYA - Bekas Menteri Undang-undang Datuk Zaid Ibrahim dan bekas naib ketua UMNO...

Boleh Gerak Lebih 10...

KUALA LUMPUR - Rentas daerah dan negeri masih tidak dibenarkan kerana ia antara...

Bomba Terima 2 Helikopter...

PETALING JAYA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) secara rasmi menerima dua...

4 Termasuk Penjawat Awam Ditahan Miliki Dadah

SHAH ALAM – Polis menahan empat lelaki termasuk seorang yang mendakwa sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan merampas 14 paket dadah dipercayai syabu dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Bukit Lanchong di sini semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Supt. R. Sudralingam berkata semua suspek yang berusia antara 20 dan 30 tahun ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 9.45 malam.

“Ketika mereka ditahan, seorang daripada suspek mendakwa beliau adalah pegawai SPRM dan hasil siasatan polis mendapati suspek adalah seorang pekerja syarikat yang berdaftar di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Pemeriksaan lanjut turut mendapati suspek memiliki kad pengenalan bertulis ‘Unit Risikan Dan Siasatan KDN’ dan siasatan masih diteruskan bagi menentukan identiti sebenar suspek,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Menurut Sudralingam kesemua suspek kini direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Kategori