Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Azmin Angkat Sumpah Jawatan...

KLANG - Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali...

Tok Mat Persoal Tindakan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mempersoalkan tindakan bekas...

Aliran Keluar Dana Asing...

KUALA LUMPUR - Aliran keluar dana asing dari Bursa Malaysia dilihat berterusan apabila...

Tarikh PRK DUN Rantau...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan urusan Pilihan...

5 Anak Arwah ASP Mohd Noor Dijaga Ahli Keluarganya

TANAH MERAH – Lima anak Allahyarham ASP Mohd Noor Mat Yaub yang maut dalam kemalangan di Baling, Kedah, semalam akan dijaga oleh ibu bapa isterinya, Suriya Abdul Rahman yang turut maut dalam kejadian itu.

Abdul Rahman Daud, bapa Suriya, berkata anggota keluarga Allahyarham Mohd Noor bersepakat untuk menyerahkan hak penjagaan Irdina Aliah, 11, Insyirah Aliah, 10, Muhammad Adib Mustakim, 8, Imanina Aliah, 6, dan Muhammad Adib Mirza, 4, kepada beliau dan isterinya, Che Shapiah Che Ahmad.

“Keputusan itu dibuat memandangkan besan saya tinggal seorang diri di Pasir Puteh, sekali gus menyukarkan beliau untuk menjaga kelima-lima anak arwah,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Buluh, Gual Ipoh di sini hari ini.

Sementara itu, Che Shapiah menyatakan kesedihan berikutan peristiwa yang menimpa cucunya yang kehilangan ibu bapa dalam sekelip mata ketika mereka sedang membesar.


Semalam, Mohd Noor, 38, dan Suriya, 37, terbunuh dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan ketika dalam perjalanan dari Kupang ke Baling.

Ketika kejadian, Mohd Noor, yang merupakan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Baling, dilaporkan sedang menghantar isterinya, seorang guru, dan empat anak mereka ke Sekolah Kebangsaan Teluk Teduri. – BERNAMA

Kategori