Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Abot Dan Rambai “Umpan”...

LENGGONG - Abot dan Rambai terpaksa dijadikan 'umpan' bagi menjinakkan dua ekor gajah...

Budu Turut Terima Tempias...

TUMPAT - Kehadiran Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor,...

Jawatankuasa Audit Bebas Hanya...

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata penubuhan Jawatankuasa...

LHDN Saman Sekutu Jho...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menfailkan saman...

56 Geran Tanah Dirampas Bukan Milik Yayasan Melaka

MELAKA – Sebanyak 56 geran tanah yang didakwa dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan seorang ahli politik di negeri ini, bukan milik Yayasan Melaka.

Pengurus Besar Yayasan Melaka, Datuk Zaini Md Nor berkata yayasan itu tidak pernah memiliki 56 lot tanah di Sabah dan dakwaan tidak benar oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris itu amat dikesali.

Sehubungan itu beliau berkata akhbar itu hendaklah membuat kenyataan pembetulan mengenai perkara itu dan menyatakan maaf kepada Yayasan Melaka atas kesilapan menulis berita tanpa sumber yang sahih.

“Kita di Yayasan Melaka bertujuan membantu anak sekolah serta keluarga miskin menerusi Tabung Amanah Pendidikan Melaka RM5.5 juta setahun, dan kenyataan seperti ini menjejaskan imej kami.

“Saya tiada masalah kalau sebelum kenyataan hendak dikeluarkan, rujuk kepada saya terlebih dahulu, saya boleh berikan fakta yang betul. Tetapi keluar tanpa fakta disahkan betul ini telah memberikan imej tidak baik kepada yayasan, saya sendiri dan juga pegawai lain,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Hari ini sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan 56 geran tanah milik Yayasan Melaka merupakan antara yang dirampas bagi membantu siasatan kes tersebut.

Zaini berkata yayasan tersebut sememangnya terlibat dengan projek perladangan kelapa sawit di Sabah dengan kerjasama anak syarikat kerajaan negeri Sabah, namun tanah seluas 5,300 hektar dalam projek tersebut hanya dipajak daripada kerajaan negeri itu. – BERNAMA

Kategori