Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tergamak Abai Anak Kerana...

PHOENIX (Amerika Syarikat) - Pasangan suami isteri ditahan polis selepas membiarkan anak mereka di...

Bakal Hasil Vaksin Meningitis...

KUALA LUMPUR – AJ Biologics Malaysia (AJB Malaysia), syarikat pengeluaran vaksin tempatan akan...

PRU15: 22 Kertas Siasatan...

PETALING JAYA – Sebanyak 22 kertas siasatan dibuka manakala terdapat empat tangkapan telah...

Video: Manusia Sial Langgar...

TINDAKAN tidak berperikemanusiaan seorang lelaki yang mendera seekor biawak dengan melanggarnya berulang kali telah...

58 Maut, Ratusan Cedera Serangan Kimia Di Syria

DAMSYIK – Serangan disyaki menggunakan bahan kimia membunuh sekurang-kurangnya 58 orang awam termasuk kanak-kanak di kawasan dikuasai kumpulan penentang di barat laut Syria, semalam.

Serangan di Khan Sheikhun, wilayah Idlib – dianggap antara yang paling dahsyat dalam perang saudara enam tahun negara itu – menyebabkan puluhan orang mengalami masalah pernafasan selain menunjukkan gejala termasuk muntah, pengsan dan berbuih mulut, kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR).

Sebuah hospital di bandar itu, di mana doktor merawat mangsa serangan berkenaan, dilaporkan turut diserang, kata wartawan AFP di sana.

Menurutnya, pintu masuk ke hospital itu dibedil sehingga menimbuskan anggota penyelamat yang sedang membersihkan bahan kimia daripada mangsa yang dibawa ke situ untuk rawatan.

Menurut SOHR, serangan berlaku di kawasan perumahan di Khan Sheikhun pada awal pagi semalam (waktu tempatan) menggunakan pesawat pejuang.

Katanya, 11 kanak-kanak antara mangsa yang maut dengan sekurang-kurangnya 160 yang lain cedera.

“Ramai yang nazak dan tidak menunjukkan harapan mampu diselamatkan walaupun sudah dibawa ke hospital,” katanya.

SOHR bagaimanapun tidak dapat mengesahkan jenis gas digunakan, atau sama ada ia dilancarkan kerajaan Syria atau Russia.


Wartawan AFP mendakwa melihat seorang kanak-kanak perempuan, wanita dan dua warga emas mati dengan mulut mereka berbuih.

Sementara itu, di Paris, Menteri Luar Perancis, Jean-Marc Ayrault mengecam kejadian itu dan mendesak mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) diadakan.

“Laporan awal mengatakan jumlah kematian yang tinggi termasuk kanak-kanak. Saya kutuk sekeras-kerasnya perbuatan menjijikkan ini,” katanya.

Sementara itu, tentera kerajaan dan Rusia menafikan melancarkan serangan udara berhampiran Khan Sheikhun. – Agensi/myMetro Online

Kategori