Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Laluan MRT Dari Semantan...

PETALING JAYA - Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) fasa kedua dari Semantan ke...

Kaki Motor Patah Hidung...

KUALA LUMPUR - Gara-gara dendam sejak setahun lalu terhadap seorang kaki motor, seorang...

Pergolakan PAS-DAP Seakan Tiada...

KUALA LUMPUR - Ibarat retak menanti belah. Gabungan parti pakatan PAS-Parti Keadilan Rakyat...

Pasukan Forensik Jumpa 37...

Susulan penemuan 139 kubur dan 28 kem penempatan mangsa pemerdagangan manusia di kawasan...

6 Pegawai Imigresen Sarawak Didakwa Di Mahkamah

KUCHING – Enam pegawai Jabatan Imigresen Sarawak didakwa di Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Hakim Nixon Kennedy Kumbong membenarkan mereka diikat jamin masing-masing dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 April sebagai tarikh pengurusan pra perbicaraan.

Agnes anak James Daim, 42, dan Emily Ngayan anak Beliang, 36, masing-masing dibenarkan ikat jamin RM6,000 dan RM7,000 dengan seorang penjamin selepas mereka mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Menurut kertas pertuduhan, Agnes menerima sejumlah RM200 dan Emily, RM300, menerusi akaun Maybank mereka, daripada seseorang yang mereka tahu mempunyai kaitan dengan tugas rasmi masing-masing.

Sementara itu, Gracie anak Borhan, 33, dan Norhaliza Hussein, 32, masing-masing berdepan dua pertuduhan rasuah. Mereka dibenarkan ikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin.


Benjamin Morsit, 33, dan Khairul Nizam Omar, 41, kedua-duanya tidak diwakili peguam, masing-masing dibenarkan ikat jamin RM5,000 dan RM8,000.

Menurut kertas pertuduhan, Benjamin menerima wang RM200 yang dipindahkan menerusi akaun CIMB banknya, manakala Khairul Nizam pula menerima RM1,000 menerusi akaun Maybank miliknya.

Agnes dan Emily diwakili peguam Roger Chin, manakala Gracie diwakili George Wee, dan Nurhaliza pula oleh Osman Ibrahim.

Pasukan pendakwaan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terdiri daripada pegawai pendakwa Ikhwan Mohd Ibrahim, Katherin Nais dan Mohd Asri Abu Mansor. – BERNAMA

Kategori