Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

“Bukan Dayus, Shuib Berterus-Terang...

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini pelawak Shuib Sepahtu memuat naik gambar motosikal Ysuku...

Foto Budak Tadika Berdiri...

BEBERAPA keping gambar memaparkan imej seorang kanak-kanak membonceng motosikal dalam keadaan berdiri ketika...

Muhyiddin Minta Najib Saman...

JOHOR BAHRU - Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri...

Jangan Bawa Budaya Tidak...

BENTONG - Pelancong diingatkan supaya tidak membawa budaya tidak sihat ke Bentong. Anggota Parlimen...

6 Sekeluarga Mahu Ziarah Kubur Nenek Moyang Di Bidor

KUALA KUBU BHARU – Enam sekeluarga yang maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dihempap treler dalam kejadian berhampiran Plaza Tol Tanjung Malim, Lebuhraya Utara-Selatan pagi tadi dipercayai menuju ke Bidor, Perak bagi menziarahi kubur nenek moyang mereka.

Menurut seorang anggota keluarga mangsa yang enggan dikenali, keluarga itu yang tinggal di ibu negara sepatutnya menyertai Festival Cheng Beng (tradisi menziarahi kubur nenek moyang) bersama sanak-saudara yang lain.

Lelaki itu yang ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu dekat sini, berkata seorang daripada anggota keluarga mereka menunggu di Bidor lebih empat jam selain cuba menghubungi telefon bimbit mangsa berkali-kali sebelum dimaklumkan oleh orang ramai di lokasi nahas akan kemalangan tersebut.

Dalam kejadian 7.40 pagi itu, Lam Wai Loon, 46 dan isterinya Wong Check Lee, 53 serta dua anak lelaki mereka Lam Jie Yang, 19 dan Lam Jie Yong, 13 terbunuh di tempat kejadian.

Turut maut ialah bapa dan adik lelaki Lam, Lam Leong Choy, 76 dan Lam Wai Keat, 38.


Nahas berlaku apabila treler membawa muatan tanah yang menghala ke utara, dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum menghempap MPV jenis Ssangyong di laluan sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt R. Supramaniam berkata pemandu treler yang berusia 27 berkenaan tidak mengalami kecederaan dan ujian air kencing yang dijalankan terhadapnya didapati negatif dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian,” katanya. – BERNAMA

Kategori