Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Azizulhasni, Ziyad Dinobat Atlet...

SYABAS... Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang dan juara dunia olahraga para,...

800 Pengguna Kereta Kabel...

LANGKAWI – Kira-kira 800 orang pelancong dan petugas terkandas selepas sistem kereta kabel...

Jemaah Haji Bebas Penyakit...

MINA - Menteri Kesihatan Arab Saudi, Tawfiq al-Rabiah berkata tiada tanda-tanda sebarang penularan...

Saifuddin Minta Maaf Marzuki...

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Saifuddin Abdullah hari ini tampil membuat penjelasan berhubung...

6 Taman Awam Di Sandakan Kawasan Larangan Merokok

SANDAKAN – Enam taman awam di bawah Majlis Perbandaran Sandakan diwartakan sebagai Kawasan Larangan Merokok berkuat kuasa 1 Jun ini.

Taman tersebut adalah Memorial dan Pavilion Tun Abdul Razak, Harbour View, Sea View, IJM Batu 6, Padang Bandaran dan Dataran Majlis Perbandaran Sandakan.

Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan Dr Johari Awang Besar berkata penambahan kawasan larangan merokok itu bertujuan untuk melindungi golongan bukan perokok daripada bahaya asap rokok.

Katanya ia sejajar dengan Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau Pindaan 2017 yang dikuatkuasakan di taman awam seluruh negara bermula 1 Februari lepas.

Mereka yang melakukan kesalahan ini boleh dikenakan kompaun maksimum RM250 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Dr Johari berkata selaras dengan pewartaan di bawah Peraturan 11(1) itu, hentian pengangkutan awam tidak berhawa dingin, tempat makan berhawa dingin dan stadium terbuka adalah 100 peratus kawasan dilarang merokok termasuk cerut, lain-lain hasil tembakau dan rokok elektronik.

Beliau berkata menerusi penguatkuasaan di kawasan larangan merokok di daerah ini, sebanyak 64 kompaun telah dikeluarkan dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Katanya banyak kompaun dikeluarkan di kawasan Lapangan Terbang Sandakan dan bangunan kerajaan. – BERNAMA

Kategori