Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Video: Kakak Bertudung Berasak...

JIKA disebut manusia itu 'berhambakan' duit, mungkin ramai yang mempertikaikannya dengan mengatakan wang...

Ahmad Bashah Dijangka Kembali...

SUNGAI PETANI - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dijadual...

Hishammuddin Disahkan Positif COVID-19

KUALA LUMPUR : Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein disahkan positif...

Apa Yang Elly Marah...

SELEPAS tampil mengakui bekas suami Elly Mazlein, Pengarah Azmi Hatta merupakan kekasihnya kini,...

700,000 Benih Udang Galah Dilepaskan Ke Sg. Perak

TELUK INTAN – Jabatan Perikanan Perak melepaskan lebih 700,000 benih udang galah ke Sungai Perak sehingga April tahun ini, kata Penolong Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Zabri Abd Wahid.

Beliau berkata jumlah itu adalah hasil daripada beberapa program pelepasan benih udang galah dilakukan Jabatan Perikanan dalam tempoh itu termasuk semasa program sempena Pemukiman Menteri Besar di beberapa daerah di negeri ini.

“Selain menangani masalah spesies udang galah yang semakin pupus, program ini juga bertujuan meningkatkan stok udang galah serta meningkatkan hasil tangkapan 476 nelayan darat,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melepaskan 112,000 benih udang galah ke dalam Sungai Perak bersama Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Perak, Dr Bah Piyan Tan di Jeti Pendaratan Kampung Durian Sebatang anjuran Jabatan Perikanan di sini hari ini.

Program yang dihadiri 149 nelayan itu diadakan sempena Program Permukiman Menteri Besar di Daerah Hilir Perak selama lima hari bermula hari ini.


Menurut Zabri daripada 112,000 benih udang yang dilepaskan hari ini, pihaknya menjangkakan sekurang-kurangnya 30 peratus hidup dan mampu mengeluarkan hasil sekitar 8,400 kilogram dengan anggaran nilai RM420,000,” katanya.

Sementara itu, Bah Piyan berkata kajian pihaknya mendapati kira-kira 30 hingga 40 peratus benih udang galah mampu mencapai proses matang, sementara selebihnya menjadi makanan kepada ikan pemangsa.

“Proses tumbesaran udang galah lazimnya memakan tempoh antara empat hingga lima bulan. Lima hingga lapan ekor udang galah (bersaiz gred A) boleh mencapai berat satu kilogram. – BERNAMA

Kategori