Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kos Sara Hidup Atau...

KUALA LUMPUR - Dewasa ini isu kos sara hidup sering dicanang sebagai isu...

Peruntukan Besar Bukti Semua...

KUDAT - Penyaluran peruntukan besar menerusi Bajet 2017 untuk membantu sekolah Cina, mubaligh...

Sabah Rekodkan 18 Tangkapan...

KOTA KINABALU - Agensi Penguatkusaan Maritim Malaysia (APMM) merekodkan 18 tangkapan kes bot...

Bapa Akui Polis Ditembak...

KELUARGA kepada pegawai polis yang ditemui mati dengan kesan tembakan di dahi di Ibu...

80 Peratus Kerja Di Venue Sukan SEA Siap – Khairy

PUTRAJAYA – Kerja-kerja pembinaan dan penambahbaikan beberapa venue bagi Sukan SEA Kuala Lumpur dan Sukan Para ASEAN (KL2017) sudah pun mencapai 80 peratus.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata Lapang Sasar Nasional di Subang, yang merupakan venue bagi sukan menembak, telah siap manakala venue lain dijangka siap dalam masa terdekat.

“Setakat ini, semua persiapan bagi penganjuran KL2017 berjalan rapi dan menepati jadual. Ada venue yang sudah siap manakala venue lain akan siap tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita selepas menpengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Malaysia (MASOC) keenam di sini, hari ini.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar; Ketua Pegawai Eksekutif MASOC, Datuk Seri Zolkples Embong dan Setiausaha Agung MOM, Datuk Low Beng Choo.

Khairy berkata Velodrome Nasional di Nilai, yang merupakan venue bagi acara berbasikal, Stadium MABA (bola keranjang) dan Kompleks Sukan Air Putrajaya (triathlon, ski air dan papan luncur air) akan diserahkan kepada MASOC pada bulan ini.

Pusat Pelayaran Nasional di Langkawi (pelayaran), Taman Rekreasi Pudu Ulu, Cheras (petanque), Kinrara Oval (kriket) dan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) iaitu venue sukan ragbi pula dijangka siap bulan depan, katanya.


Sementara itu, Khairy berkata pihaknya telah memulakan pendaftaran atlet yang akan bertanding pada KL2017 melalui sistem dalam talian Majlis Olimpik Kebangsaan (NOC) masing-masing.

“Kami juga menerima laporan berkenaan dengan penginapan di mana semua bilik hotel sudah ditempah. Begitu juga dengan pengangkutan atlet dan pegawai dengan bas, status keselamatan, lalu lintas jalan raya dan sebagainya,” katanya.

Sukan SEA ke-29 akan berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos manakala Sukan Para ASEAN ke-9 dijadualkan bermula dari 17 hingga 23 Sept. – BERNAMA

Kategori