Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Video Seks Menghadap Bangunan...

SEBUAH video menunjukkan satu pasangan sedang melakukan seks berlatar belakangkan bangunan pencakar langit...

Eksklusif: Gaji Penjawat Awam...

DALAM kalangan pekerja swasta, amalan pembayaran gaji dua kali sebulan bukan perkara baharu...

Ancaman Bom Palsu: 7...

IPOH - Polis menahan tujuh lelaki disyaki terbabit berhubung kejadian ancaman bom palsu...

Saya Sudah Tidak Dipandang...

RASANYA sudah lama kita tidak melihat kelibat Almy Nadia muncul di kaca televisyen...

9 Individu Ditahan Di 4 Negeri Disyaki Beri Rasuah

KUALA LUMPUR – Sembilan individu termasuk dua wanita ditahan hari ini kerana disyaki memberi rasuah dalam urusan memperbaharui permit pekerja asing (PLKS) di empat negeri.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata penahanan yang bermula 11 pagi itu dilakukan secara serentak di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Johor.

“Kesemua mereka yang ditahan berumur antara 33 hingga 50 tahun yang dipercayai berperanan sebagai orang tengah atau ejen bagi pekerja asing.

“Seramai tiga individu ditahan di Selangor, tiga di Johor, dua di Pulau Pinang dan seorang di Perak,”katanya.

Sumber itu berkata pembongkaran sindiket ini merupakan usahasama antara SPRM dan MyEG Services Berhad (MyEG) selepas mendapati wujud kegiatan rasuah dalam proses memperbaharui PLKS secara atas talian menerusi portal syarikat tersebut.

Menurut sumber itu, pihak berkenaan berurusan dengan membenarkan hanya majikan kepada pemohon sahaja yang boleh untuk mengambil permit yang diperbaharui selepas urusan permohoaan dibuat secara atas talian.

Bagaimanapun sindiket ini dikatakan akan menghulurkan sejumlah wang kepada pegawai-pegawai yang bertanggungjawab untuk menyerahkan permit tersebut tanpa perlunya kehadiran majikan.


“Sindiket ini dipercayai menawarkan wang rasuah berjumlah antara RM50 hingga RM700 bagi setiap permohonan agar proses penerimaan PLKS bagi pihak pekerja asing tersebut boleh dilakukan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan,” kata sumber itu.

Mereka yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 16 (b)(A) Akta SPRM 2009.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kesemua mereka akan direman untuk membantu siasatan SPRM.

“SPRM memandang serius perbuatan suspek-suspek ini kerana perkara sedemikian boleh mengundang kejadian yang tidak diingini sehingga mengugat keselamatan negara,” katanya. – BERNAMA

Kategori