Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Penerbit Dan Pengedar Buku...

SUSULAN isu kesilapan pencetakan dalam kandungan buku latihan murid tahun empat bertajuk Keluarga Harmoni yang disiarkan...

229 Pesara KKMM Dirai...

PUTRAJAYA – Bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk...

Pelancong Bogel Di Kinabalu...

KOTA KINABALU -- Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga hari...

Haramkan Makan Dan Jual...

KOTA KINABALU - Menjual atau makan telur penyu perlu diharamkan di seluruh negara,...

9 Maut Pembunuhan Beramai-Ramai Di Brazil

RIO DE JANEIRO – Sembilan lelaki, termasuk seorang paderi Evangelical, dibunuh beramai-ramai di kawasan terpencil di bahagian barat Brazil.

Mangsa dilaporkan ditikam dan ditembak mati, kata polis semalam.

Tiada tangkapan dilakukan berikutan pembunuhan itu yang berlaku pada Khamis di kawasan penempatan yang sukar dimasuki di negeri Mato Grosso.

Kumpulan hak asasi manusia berkata, pembunuhan itu adalah sebahagian tindakan zalim oleh pemilik tanah untuk mengusir petani dari wilayah itu.

Pasukan perkhidmatan keselamatan negeri, dalam kenyataan semalam berkata mangsa berusia antara 23 dan 57 tahun.

Mereka ialah penduduk Gleba Taquarucu do Norte, berhampiran sempadan Bolivia yang cuma boleh dimasuki dengan berjalan kaki atau bot dan tiada liputan telefon.


Seorang daripada mereka ialah paderi gereja Assembly of God yang popular, kata polis.

“Maklumat awal mendapati mangsa ada kesan tikaman dan tembakan,” kata polis dalam kenyataan.

Radio CBN dan media Brazil melaporkan sebahagian mangsa dipenggal, manakala laman berita Globo melaporkan ada kesan penderaan dan beberapa mangsa diikat. – AFP

Kategori