Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pembangunan Sabah Perlu Kerjasama...

KOTA KINABALU - Pembangunan Sabah memerlukan kerjasama padu rakyat, sama ada lelaki mahupun...

Dipenjara 218 Tahun, 75...

MUAR: Seorang bapa yang tergamak merogol anaknya sehingga hamil dan melahirkan anak sejak...

MH370 Hilang Kawalan Sebelum...

PESAWAT Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, dipercayai menjunam ke dalam laut tanpa...

PM Cadang Ambil...

PERTUBUHAN BANGSA BERSATU - Berlatarkan peningkatan ancaman daripada mereka yang memperjuangkan penubuhan Negara...

AADK Pergiat Usaha Perangi 178 Kawasan Panas

PARIT BUNTAR – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) akan memerangi habis-habisan penagih dadah di 178 kawasan ‘panas’ di seluruh negara tahun ini berbanding 14 kawasan pada tahun lepas.

Pengarah (Pencegahan) AADK Abdul Rahman Hamid berkata daripada jumlah itu, 30 adalah kawasan panas di Perak iaitu di Kuala Kurau di Kerian; Batu Kurau (Larut, Matang dan Selama), Sungkai (Batang Padang), Pulau Pangkor (Manjung), Bagan Datuk dan Batu Gajah.

Beliau berkata langkah itu selaras dengan arahan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu AADK membangunkan komuniti setempat untuk membantu membanteras pengedar dan penagih dadah.

“Pegawai kita akan membuat rondaan supaya masyarakat berasa selesa, pengedar dan penagih berasa terancam,” katanya dalam sidang media selepas bertemu dengan ketua-ketua kampung di kawasan Kuala Kurau dekat sini malam tadi.

Abdul Rahman berkata pertemuan itu bagi membolehkan ketua kampung bekerjasama dengan AADK untuk melaporkan penagihan dadah di kawasan mereka.

Beliau berkata melalui kerjasama dengan komuniti dan operasi, pihak AADK berjaya menurunkan kadar penagihan sebanyak 12 peratus daripada 65 peratus pada tahun lepas.


Tambahnya pihak AADK telah menahan 382,000 penagih membabitkan mereka yang berumur 18 hingga 35 tahun sehingga tahun 2016.

“Penagih paling muda yang kita tahan berumur 13 tahun dan siasatan mendapati dia menagih sejak berumur tujuh tahun,” katanya yang bimbang dengan penagih dalam kalangan remaja bawah umur.

Selain itu, beliau berkata pihaknya bercadang membuka dua lagi pusat pemulihan dadah membabitkan remaja bawah umur dan setakat ini AADK mempunyai dua pusat berkenaan iaitu di Karangan (Kedah) dan Kota Bharu, Kelantan. – BERNAMA

Kategori