Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Krisis Politik Kedah: Mukhriz...

KUALA LUMPUR - Bagi mengelakkan kemelut politik Kedah berlarutan, seorang penganalisis politik berpendapat...

Kebebasan Media, Kerajaan PH...

KERAJAAN yang baru ditubuhkan oleh Pakatan Harapan (PH) selepas menang dalam Pilihan Raya...

Jejaka Sweden ‘Jual’ Diri...

BERITA kemenangan Donald Trump pada pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini nyata...

Nahas Helikopter: Jenazah Noriah...

TANJONG KARANG - Jenazah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon...

Abdul Hadi, Tuan Ibrahim Sah Kekal Jawatan Dalam PAS

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang dikutuk pemimpin Pakatan Harapan sehingga dilakar sebagai monyet oleh sebuah akhbar Cina, kekal menerajui parti tersebut.

Menurut portal AgendaDaily, mantan menteri besar Terengganu itu disahkan menang tanpa bertanding pemilihan jawatan presiden parti itu sempena Muktamar Tahunan Ke-64 yang dijadualkan dari 28 April hingga 1 Mei depan.

Pemimpin berusia 69 tahun itu mengambil alih jawatan berkenaan sejak 2003 susulan penyandang sebelumnya, Datuk Fadzil Mohd. Noor meninggal dunia pada 2002 selepas menjadi presiden daripada Yusuf Rawa pada 1989.

Ahli Parlimen Marang itu menjadi perhatian ramai apabila beberapa wakil Pakatan Harapan cuba menggagalkan pembentangan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.

Abdul Hadi turut dihina biadab oleh akhbar Nanyang Siang Pau pada Sabtu lalu apabila dilakar sebagai monyet bersama-sama Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sedang bergembira di atas sebatang pokok.

Muktamar kali ini bakal berlangsung di Kompleks PAS, Alor Setar, Kedah dan dijangka dihadiri kira-kira 1,200 perwakilan dianggap persidangan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 yang akan diadakan bila-bila masa.

Dalam pada itu, timbalan Abdul Hadi iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut menepati ramalan banyak pihak apabila kekal secara rasmi disahkan tiada pencabar untuk jawatan No.2 parti tersebut sendiri, lapor AgendaDaily.


Namun rekod tercipta apabila mantan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang sering dilihat cenderung ke arah Pakatan Harapan akhir-akhir, dilaporkan tidak menerima sebarang pencalonan untuk apa-apa jawatan pun.

Kelmarin, Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin menyifatkan Ahli Parlimen Pokok Sena itu bukan lagi ahli parti ekoran tindakan Mahfuz kebelakangan ini tidak sealiran dengan PAS sebagaimana pernah dilakukan Datuk Husam Musa.

Bekas naib presiden PAS selain mantan exco kerajaan Kelantan tersebut kemudian dipecat parti itu sebelum Husam menyertai pula parti serpihannya iaitu PAN dan dilantik menjadi naib presiden baharu parti berkenaan kelmarin.

Portal AgendaDaily turut melaporkan seramai lima orang disahkan bakal bersaing untuk mengisi tiga jawatan naib presiden dan 40 calon pula merebut tempat untuk 18 Ahli Jawatankuasa Pusat parti. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori