Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Sebab Bengang, Gadis Curah...

MPUMALANGA, Afrika Selatan – Seorang remaja yang berang dengan tindakan teman lelakinya menyebarkan...

Jemaah Menteri Setuju Cadangan...

PUTRAJAYA - Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet hari ini telah memberi 'lampu hijau'...

Peniaga Kena ‘Main’, Pembeli...

APALAH jenis orang yang suka menganiaya perniagaan orang lain ni. Dah lah menyusahkan...

Polis Tahan Dua Lelaki...

PENDANG – Polis menahan dua lelaki serta merampas 11.25 liter air ketum dianggarkan...

Adam Sandler Tak Kecil Hati Anak-Anak Benci Lakonannya

PELAKON antarabangsa, Adam Richard Sandler, 50, memberitahu bahawa anak-anaknya benci melihat lakonannya di dalam mana-mana filem kerana merasakan ia membosankan dan tidak menarik untuk ditonton.

Adam berkata, kedua-dua anak perempuannya, Sadie, 10, dan Sunny, 8, juga tidak dapat menerima mengapa dia mempunyai ramai peminat dan selalu menjadi tumpuan jika berada di tempat awam.

“Mereka merayu untuk menonton filem lakonan saya kerana mereka mahu melihat apa yang ‘menariknya’ lakonan saya sehingga dipuji peminat.

“Mereka mahu menilai sendiri dan tidak 100% percaya dengan pujian dari peminat yang mereka dengari.

“Tetapi selepas saya memasang filem saya untuk mereka, mereka akan mengatakan ia bosan, mereka benci melihat lakonan saya dan mahu menonton filem lain,” kata Adam dalam program The Ellen DeGeneres Show. 


Walau bagaimanapun, tambah Adam, dia tidak mengambil hati dengan sikap anak-anaknya itu kerana memahami citarasa setiap kanak-kanak adalah berbeza. –MYNEWSHUB.CC

Kategori