Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Tol Percuma Di Lebuhraya...

KUALA LUMPUR - Pengguna Lebuhraya Maju (MEX) akan menikmati laluan tol percuma pada...

Mati Ditimbus Gudang Runtuh...

Beijing - Sebuah gudang yang runtuh sehari selepas terbakar mengakibatkan kematian tiga anggota...

APMM Tahan Bot Nelayan...

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan sebuah bot dan...

Jemput Orang Ramai Ganding...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengajak setiap...

Ahli Perniagaan Disamun RM25,000 Di Bayan Lepas

GEORGE TOWN – Seorang ahli perniagaan wanita kerugian RM25,000 apabila wang tunai yang baru dikeluarkan dari sebuah bank di Bayan Baru, dekat sini dilarikan dua lelaki semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Anuar Omar berkata dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, wanita yang berada di dalam keretanya itu dihampiri seorang lelaki yang mengetuk cermin keretanya dan memberitahu duit wanita itu terjatuh di luar keretanya.

“Wanita berusia 34 tahun itu membuka pintu keretanya dan keluar untuk melihatnya dan memberitahu duit itu bukan miliknya sebelum terus masuk ke dalam kereta dan menyedari beg tangannya yang diletakkan di tempat duduk penumpang hilang ketika dia cuba menghidupkan enjin keretanya.

“Di dalam beg itu terdapat wang tunai RM25,000 termasuk RM22,000 yang baru dikeluarkan dari bank untuk membayar gaji pekerja, pelbagai kad bank serta dokumen peribadi milik mangsa,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan rakaman CCTV di bank berkenaan terdapat dua lelaki tanpa sebarang urusan di bank itu masuk secara berasingan dan duduk di ruangan menunggu.


Kedua-dua lelaki terbabit keluar bersama-sama selepas ahli perniagaan berkenaan selesai urusan di bank itu, katanya.

Beliau berkata berdasarkan percakapan lelaki terbabit, wanita itu mengenal pasti lelaki itu adalah rakyat asing. – BERNAMA

Kategori