Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

6 Ditahan Kes Lempar...

GEORGE TOWN - Enam lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sekumpulan lelaki bermotosikal...

Isu Kepak Ayam: JKDM...

SUNGAI PETANI - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JDKM) mengakui wujud kelemahan dari segi...

Budak Nyaris Maut Kepala...

BEIJING – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun terselamat daripada maut selepas kepalanya...

SPR Tutup Awal 25...

UMNO percaya wujud usaha dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk kurang peratusan keluar...

AirAsia, FireFly Sindir Malindo Air Isu Calon Kena Bogel

GARA-GARA kecoh berita tular calon pramugari Malindo Air kononnya diarahkan berbogel ketika proses temuduga, dua syarikat penerbangan lawan mula membuat iklan parodi berbaur sindiran.

Operator udara kos bajet, AirAsia semalam mengeluarkan iklan kekosongan jawatan anak kapal, dilaporkan tidak pula melepaskan peluang terbaik berkenaan untuk ‘mengenakan’ Malindo Air yang ditubuhkan sejak 2013 itu.

Iklan itu memaparkan seorang pramugari membuat hebahan berbunyi: “Kami tidak minta anda tanggal pakaian, malah sila zip untuk menjadi sebahagian anggota pasukan syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia!”

AirAsia yang beroperasi sejak 1993 sebelum ini sering dikritik pelbagai pihak kerana uniform pramugarinya agak seksi dengan skirt mini warna merah terang serta jaket terbuka mendedahkan baju-T putih dipakai mereka.

Baru-baru ini media melaporkan, Malindo Air dikritik ramai netizen ekoran tersebar cerita kononnya pemohon jawatan pramugari diminta menanggalkan pakaian mereka semasa menghadiri temuduga kerja pada 11 Mac lalu.

Namun pihak Malindo Air menyangkal laporan itu dan menjelaskan, tiada penyelia lelaki memeriksa tubuh calon perempuan sebaliknya ia dilakukan petugas wanita bagi memeriksa sebarang tanda timbul pada badan pemohon.

Dalam pada itu, anak syarikat Malaysia Airlines Berhad (MAB), FireFly turut menyiarkan iklan sindiran terhadap Malindo Air dengan memaparkan grafik zip pakaian seperti dilucutkan yang merujuk harga tiket murah ditawarkan.

Iklan ringkas tersebut berbunyi: “Apa yang hanya dilucutkan ialah harga tambang penerbangan kami apabila ia cuma RM99” sempena kempen promosi harga tambang rendah untuk 17 destinasi ditawarkan operator berkenaan.

Baca: Malindo Air Nafi Penyelia Lelaki Periksa Tubuh Calon

AirAsia, FireFly Sindir Malindo Air Isu Calon Kena Bogel

Sementara itu, beberapa pramugari dilaporkan menyifatkan situasi dialami calon Malindo Air itu jika betul adalah ‘karut dan jijik’ bahkan mereka sendiri tidak pernah berdepan dengan prosedur pemeriksaan seumpama tersebut.


Anak kapal MAB, Sharifah Muhazlisa Syed Mohd. Bakar, 42; terkejut apabila dimaklumkan para pemohon Malindo Air diminta mendedahkan bahagian dada, menyelak skirt, melipat seluar panjang atau menanggalkan stoking.

Dia menambah bahawa dirinya malah tidak pernah disuruh berbuat perkara demikian oleh panel penemuduga MAB sewaktu pertama kali menyertai syarikat penerbangan kebangsaan itu sebagai pramugari pada 1996 lalu.

“Mereka yang memakai baju lengan panjang diminta menyingsing lengan untuk diperiksa sama ada mempunyai corak tatu atau kesan calar dan luka parut. Itu sahaja,” katanya seperti yang dilaporkan portal Malay Mail.

Seorang pramugari syarikat penerbangan kebangsaan Singapura iaitu Singapore Airlines, yang enggan namanya didedahkan, juga terkejut dan berasa marah apabila mendapat tahu tentang insiden pelik tersebut.

“Ini kerja gila! Saya tidak faham mengapa perlu melakukan sedemikian. Gadis itu bukan datang untuk menonjolkan tubuh,” katanya sambil menambah, sama seperti kerjaya lain, calon harus dilayan penuh hormat dan bermaruah.

Malindo Air menerusi satu kenyataan media bagaimanapun menyatakan proses itu diperlukan untuk memeriksa kesan pada badan pemohon dan ia dilakukan secara tertutup serta profesional oleh penyelia wanita, bukan lelaki.

Namun pihak pengurusan syarikat itu dilaporkan cuba menepis kritikan beberapa pemimpin politik, badan bukan kerajaan dan pengguna media sosial mengenai proses temu bualnya itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori