BAGI memperingati bapanya, anak kepada mendiang Michael Jackson iaitu Prince Jackson mencacah tatu gambar raja pop itu pada bahagian betis kaki kanannya.
Akhbar USA Today melaporkan Prince, 20, memuat naik video hasil tatu berkenaan di Instagram miliknya baru-baru ini dan memberitahu ia adalah tribute kepada bapanya.
“Terima kasih @dermagraphink kerana menghabiskan masa selama sembilan jam untuk tatu yang cantik ini.
“Saya akan muat naik lebih banyak tentang tatu ini selepas ini,” tulisnya pada kapsyen video itu.
Tatu itu adalah ilustrasi daripada salah satu gerakan tarian ikonik Michael (kaki bersilang dan tangan didepakan) dengan imej klasiknya iaitu sut hitam bersama kemeja merah dan sarung kaki putih.
Penyanyi yang popular menerusi lagu Billie Jean itu meninggal dunia akibat serangan sakit jantung pada Jun 2009 di kediamannya di Los Angeles. –Â MYNEWSHUB.CC