Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Harta Karun Bernilai RM8.4...

CARTAGENA: Pihak berkuasa Colombia mengumumkan penemuan sejumlah harta karun dianggarkan bernilai sekitar AS$2...

Rasuah: Koperal Polis Mengaku...

IPOH - Seorang anggota polis hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen...

Penunggang Motosikal Cedera ‘Dilanggar’...

GOMBAK: Seorang penunggang motosikal cedera ringan selepas terjatuh akibat pelanggaran dengan pejalan kaki...

Peruntukan RM8.5 Juta Bagi...

MIRI - Pelaksanaan sembilan projek tebatan banjir bernilai RM8.5 juta bagi Bandaraya Miri...

Annuar Musa Kini Beransur Pulih

KOTA BHARU – Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini semalam, kini dilaporkan beransur pulih.

Menurut abangnya, Abdul Sattar Musa, Annuar, 61, yang juga Anggota Parlimen Ketereh, masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Koronari (CCU) HUSM, telah menunjukkan perkembangan positif.

“Keadaan Annuar kini beransur pulih dan doktor menasihatkannya supaya banyak berehat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Baca: Annuar Masuk Ke HUSM Mengadu Sakit Dada, Muntah

Annuar dimasukkan ke HUSM selepas mengadu pening, sakit dada dan muntah-muntah pada 6.15 pagi semalam.

Abdul Sattar memohon kepada orang ramai supaya tidak melawat adiknya buat masa ini supaya Annuar dapat berehat secukupnya. – BERNAMA

Kategori