Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Suhaizan Tolak Berdebat Dengan...

KUALA LUMPUR - Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Suhaizan Kaiat menolak cadangan...

Budak 2 Tahun Terperangkap...

RAWANG - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun terperangkap hampir sejam dalam kereta...

Bajet Tambahan Buat Nelayan,...

PORT DICKSON - Kerajaan bersetuju untuk mempertimbangkan peruntukan tambahan kepada golongan miskin khususnya...

Ulangtahun Perkahwinan Ke- 50...

LAMA juga tak dengar perkembangan berita tentang biduan negara kita, Tan Sri S M...

Atipsom: Polis Selamatkan Wanita Warga Indonesia

NILAI – Polis menyelamatkan seorang wanita warga Indonesia berumur 44 tahun yang dilaporkan bekerja tanpa dibayar gaji oleh majikannya sejak tiga tahun lepas di sebuah rumah di sini, 25 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt. Zaldino Zaludin berkata bertindak atas maklumat daripada Kedutaan Indonesia, sepasukan lapan anggota termasuk dua pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, melakukan serbuan pada 1 pagi, hari yang sama.

“Dalam serbuan itu, polis menahan majikan mangsa yang merupakan seorang doktor berusia 37 tahun. Suspek telah pun diambil keterangan dan dilepaskan dengan perintah mahkamah pada hari yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama pada Karnival Kepolisan Masyarakat dan Bandar Selamat yang dirasmikan Timbalan Ketua Polis Negeri, SAC Muhamad Zaki Harun di Dataran Nilai, dekat sini.


Mengulas lanjut, Zaldino berkata mangsa yang bekerja sebagai pembantu rumah itu kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Kuala Lumpur.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang membawa hukuman sebat dan hukuman penjara mandatori, jika disabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori