Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sambutlah Syawal Dengan Gembira,...

KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia, yang dijangka menyambut 1 Syawal, Jumaat...

Tiada Kompromi Penguat Kuasa...

CANBERRA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi dengan badan penguat kuasa...

DBKL Perlu Buat Post-Mortem...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu melakukan post-mortem secepat mungkin...

Malaysia Perkenal Doktrin Keselamatan...

Putrajaya : Malaysia memperkenalkan doktrin Keselamatan Menyeluruh (Comsec) bagi membolehkan tanggungjawab memelihara keselamatan...

Anwar Dibenar Hadiri Pendengaran Rayuan Kes Sivilnya

PUTRAJAYA – Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara dibenarkan hadir pada pendengaran rayuan kes sivilnya berhubung hak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada Mei 2015.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dianggotai Datuk Umi Kalthum Abdul Majid, Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim sebulat suara membenarkan permohonan bekas ketua pembangkang itu hari ini.

Hakim Umi Kalthum yang mengetuai panel itu mengingatkan pihak-pihak dalam perkara itu bahawa keputusan mahkamah itu hanya membabitkan permohonan Anwar di mahkamah itu.

Anwar, 69, sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh bagi sabitan meliwat, telah memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan timbalan pendaftar mahkamah rayuan yang membatalkan perintah kehadiran (OTP) beliau di mahkamah bagi rayuannya itu.

Dalam prosiding hari ini, peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram berhujah Anwar mempunyai hak di sisi perlembagaan untuk menghadiri pendengaran itu bagi mendengar hujahan dalam litigasi sivil itu berikutan beliau merupakan perayu.

Beliau berkata timbalan pendaftar telah melakukan tindakan yang bercanggah dengan perlembagaan apabila membatalkan OTP yang dikeluarkan untuk Anwar hadir pada pendengaran rayuan itu pada 28 Mac tahun ini.

Pendengaran rayuan itu kemudiannya telah ditangguhkan pada hari berkenaan atas permohonan Anwar yang mahu memfailkan permohonan terhadap pembatalan OTP itu.

Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh berhujah prinsip undang-undang common tidak menyatakan bahawa seseorang yang sedang menjalani hukuman penjara mempunyai hak mutlak untuk menghadiri prosiding di mahkamah dalam kes sivil.


Beliau berkata hak Anwar untuk hadir di mahkamah bergantung pada budi bicara mahkamah untuk memutuskan sama ada kehadirannya diperlukan di mahkamah.

Anwar merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya bagi diisytiharkan bahawa beliau mempunyai hak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei 2015.

Pada 15 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai bidang kuasa untuk membawa Anwar ke pusat mengundi untuk beliau mengundi dalam mana-mana pilihan raya.

Ia memutuskan bahawa seorang banduan yang berdaftar sebagai pengundi sebelum sabitannya mempunyai hak untuk mengundi tetapi SPR tidak mempunyai bidang kuasa untuk membawanya ke pusat pengundian untuk dia mengundi dalam mana-mana pilihan raya.

Mahkamah Tinggi memutuskan banduan berkenaan perlu memohon kepada ketua pengarah Penjara untuk membuat persediaan perlu untuk membolehkan seseorang banduan mengundi. – BERNAMA

Kategori