Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jabatan, Agensi Persekutuan Diminta...

KOTA KINABALU - Semua jabatan dan agensi kerajaan di Sabah diminta supaya mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kemerdekaan...

Lim Minta Najib Kemuka...

GEORGE TOWN - Menteri Kewangan Lim Guan Eng mahu bekas Perdana Menteri Datuk...

Salahkan Maklumat Rahsia Bocor,...

GEORGE TOWN - Seperti sudah jadi kelaziman pembangkang apabila gagal melaksanakan sesuatu yang...

3 Daerah Di Johor...

Johor Bahru : Tiga daerah di Johor mula membuka pusat pemindahan sementara (PPS)...

Apalah Nasib Malang Muslim Penyokong Pakatan…

KUALA LUMPUR – “Apalah nasib malang umat Islam yang memiliki pemimpin sedemikian rupa.”

Demikian reaksi Naib Presiden PAS, Idris Ahmad dipercayai mengulas tentang penentangan berterusan Pakatan Harapan ke atas Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355).

Kata beliau, penentangan itu sewajarnya menimbulkan tanda tanya dalam kalangan ahli dan penyokong beragama Islam apa yang mereka boleh harapkan daripada Pakatan Harapan untuk agama mereka.

“Jika hak yang termaktub di dalam Perlembagaan pun tidak boleh untuk dipertahankan. Apalah nasib malang umat Islam yang memiliki pemimpin yang sedemikian rupa.

“Jika hak umat Islam untuk beramal dengan agamanya pun ditentang. Apakah yang hendak diharap untuk agenda Islam yang lebih besar jika mereka berkuasa. Hasbunallah wanimal wakil,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

RUU 355 yang dicadangkan oleh PAS bermula tahun lalu bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah dikecam hebat oleh Pakatan Harapan yang diketuai parti sekular DAP.

DAP mendakwa RUU 355 strategi halus PAS untuk memperkenalkan hukum Islam hudud yang zalim, kuno dan menindas di negara ini.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) pula menyifatkan RUU 355 sebagai mengelirukan dan mengundang keresahan bukan Islam.

Pakatan Harapan makin galak memperlekehkan RUU 355 apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa hari lalu memaklumkan kerajaan tidak akan membentangkan RUU 355 di Parlimen berdasarkan keputusan yang diambil BN secara konsensus oleh 13 parti komponennya.

Pengumuman itu sekali gus memberi laluan kepada PAS untuk membentangkannya.


Pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan bagaimanapun mengambil kesempatan daripada perkembangan itu mengutuk PAS bodoh seperti lebai kerana kononnya ditipu oleh UMNO.

Namun tuduhan itu disangkal ramai pemimpin PAS yang menjelaskan bahawa UMNO tidak menipu PAS kerana RUU 355 sama ada akan dibentang oleh kerajaan BN atau PAS sebelum ini hanya merupakan satu “opsyen”.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan dua hari lalu menjelaskan:

“Bezanya cuma jika kerajaan yang bentang maka ia jadi Bill Kerajaan yang diutamakan angka gilirannya. Jika PAS yang membentangnya maka ia kekal seperti asal iaitu RUU, maka gilirannya ditentukan oleh Yang di Pertua Dewan Rakyat melalui peruntukan peraturan dewan.

“Kedua-dua menjadi “opsyen” yang boleh dipertimbangkan. PAS tidak masalah siapa yang mahu membentangkannya. Apa yang penting Akta 355 mesti berjaya dipinda.

“Kerajaan tidak jadi mengambil alih pembentangan itu mengembalikan format asal tanpa merosakkan sesuatu.” MYNEWSHUB.CC

Kategori