Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tarikan Festival Ukiran Pasir...

DI pantai timur laut antara Yanliao dan Fulong terletaknya Pantai Fulong yang membentang...

Putus Dengan DAP Sebab...

KUALA LUMPUR - PAS Wilayah Persekutuan menyokong penuh keputusan Majlis Syura Ulama parti...

Tuntutan Palsu: Enam Penjawat...

MELAKA - Enam penjawat awam wanita di sebuah jabatan kerajaan ditahan reman empat...

Tuntutan Segera AS$16 Bilion...

Jabatan Peguam Negara (AGC) menyelar dengan tegasnya segala dakwaan dalam surat yang dihantar...

APM Sertai MKN Banteras Kes Ceroboh Hutan

KUALA LUMPUR – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan menghantar kira-kira 500 anggotanya menyertai Pasukan Bertindak Khas yang ditubuhkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membantu operasi penguatkuasaan pencerobohan hutan dan tanah secara haram di Cameron Highlands.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata satu laporan lengkap mengenai perkara itu akan dikemukakan kepada jemaah menteri minggu depan.

“Kita akan hantar anggota APM pada pertengahan bulan depan untuk membantu menguatkuasa undang-undang di kawasan hutan yang diceroboh bagi menghalang aktiviti pembalakan dan penanaman sayuran secara haram.

“Setakat ini, 58 penduduk kampung di kawasan terbabit turut sertai APM. Mereka sendiri buat ‘roadblock’ (sekatan jalan raya) untuk menghalang mana-mana pihak menceroboh kawasan hutan yang membabitkan warga asing terutamanya Thailand dan Nepal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Watikah Pelantikan Pegawai Kehormat APM kepada 28 anggota Dewan Negara dan lapan wartawan di bangunan Parlimen hari ini.

Shahidan berkata APM sedia memberi bantuan khidmat anggotanya kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) pada bila-bila masa diperlukan berdasarkan kepada permintaan di setiap negeri.

Beliau berkata usaha itu dapat membantu PBT dalam melaksanakan tugas menjaga keselamatan negara dan penguatkuasaan undang-undang termasuk membanteras jenayah yang dilakukan oleh pendatang asing tanpa izin.


“PBT boleh membuat permohonan kepada APM di peringkat negeri. Jumlah anggota APM kini meningkat kepada hampir dua juta orang, termasuk kira-kira 400,000 anggota sukarelawan daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk anggota perkhidmatan awam hingga membolehkan kita turun padang pada bila-bila masa untuk membantu PBT,” katanya.

Beliau berkata APM juga pernah membantu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan mengerahkan 2,000 anggota APM untuk membantu menjalankan operasi penguatkuasaan di Pasar Selayang bagi mengesan pendatang asing yang dikatakan berleluasa di kawasan itu.

Pada majlis itu, antara anggota Dewan Negara yang menerima watikah itu ialah Senator Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Senator Datuk Dr Loga Bala Mohan dan Senator Datuk Chong Sin Woon.

Beberapa wakil media turut dilantik sebagai Pegawai Kehormat APM, antaranya wartawan daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) iaitu Muhammad Afiq Mohd Asri dan Mohd Norzaidi Arjunaidi serta Penyunting Bernama Shahrullizan Rusli, selain wakil media lain daripada RTM, TV3, Harian Metro dan Kosmo!. – BERNAMA

Kategori