Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Budak Merana Parut Kekal...

GARA-GARA inai henna, kanak kanak perempuan dari United Kingdom terpaksa menahan sakit kerana...

Pokok Tumbang Di P.Pinang...

GEORGE TOWN - Hujan lebat berserta angin kencang melanda Pulau Pinang malam ini...

Pentadbiran Kerajaan Perak Berada...

KUALA KANGSAR - Pentadbiran kerajaan negeri Perak berada di landasan yang betul berikutan...

Coconut Shake Klebang Yang...

Minuman air kelapa muda sememangnya menjadi lumrah dan cukup popular dijual di mana-mana...

APMM Lakukan Pelayaran Ehsan Bawa Pesakit

KUALA TERENGGANU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melakukan pelayaran ehsan bagi membantu memindahkan seorang pesakit ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini awal hari ini.

Mangsa Nor Azian Ibrahim, 45, penduduk kampung Pulau Redang dikejarkan ke HSNZ selepas mengalami masalah paru-paru berair dan jantung membengkak.

Pengarah APMM Terengganu, Kept. Zainolabidin Jusoh berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4 pagi bagi memohon bantuan membawa pesakit mendapatkan rawatan.

“Sejurus menerima panggilan itu sebuah bot dari Ibu Pejabat Daerah Maritim 9, Kuala Terengganu dihantar ke lokasi bagi memindahkan pesakit tersebut untuk menerima rawatan di hospital,” katanya dalam satu kenyataan.


Menurutnya pesakit itu selamat tiba di jeti APMM DM 9 Terengganu pada pukul 8.15 pagi sebelum diserahkan kepada ambulan untuk mendapatkan rawatan lanjut di HSNZ.

Zainolabidin berkata untuk bantuan kecemasan dan pelayaran ehsan, orang ramai boleh menghubungi talian Pusat Operasi Negeri Terengganu menerusi talian 09-6224357 atau MERS 999. – BERNAMA

Kategori