Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Tak Perlu Tergesa-Gesa, Semakan...

KUALA LUMPUR - Golongan B40 yang pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan...

Hasan Malek Yakin Mampu...

KUALA PILAH – Datuk Seri Hasan Malek yakin kerusi Parlimen Kuala Pilah mampu...

Messi Ledak Gol Ke-500...

MADRID - Lionel Messi meledak jaringan ke-500 peribadinya untuk memastikan perebutan gelaran La...

Kastam Buat Operasi, Sabotaj...

SEJAK kebelakangan ini, banyak pula kes melibatkan penguatkuasa awam yang diluahkan oleh netizen...

APMM Patah Cubaan Seludup Rokok Lebih RM700,000

ALOR GAJAH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup kira-kira 100,000 karton rokok bernilai lebih RM700,000 termasuk duti import dalam operasi di perairan Umbai di Jasin, di sini, awal hari ini.

Pengarah Maritim Daerah Lima Kuala Linggi, Kapt Maritim Ahmad Faridi Ferdaus berkata rokok seludup jenama U2 yang melibatkan cukai import lebih RM400,000 itu dipercayai dibawa masuk dari Indonesia untuk dijual di pasaran tempatan.

Beliau berkata pihaknya turut merampas sebuah bot gentian kaca dengan empat enjin jenis Yamaha bernilai RM250,000 dalam operasi bermula kira-kira 1 pagi itu.

“Operasi ini merupakan hasil risikan kita dan seramai lima anggota APMM termasuk seorang pegawai menggunakan Bot Petir 84 berjaya mengesan sebuah bot pancung dari arah Bengkalis Indonesia yang mencurigakan kira-kira tiga batu nautika dari Pulau Undan.

“Ketika itu, bot tersebut telah berhenti di sebuah jeti persendirian di Umbai dan lebih daripada tiga individu dipercayai sedang melakukan kerja pemunggahan rokok seludup kira-kira 2.30 pagi,” katanya pada sidang media di sini.

Bagaimanapun, katanya, kumpulan suspek berkenaan berjaya melarikan diri ke darat sebaik menyedari kehadiran anggota APMM.

Katanya, daripada hasil siasatan, APMM mendapati terdapat 200 kotak rokok yang setiap satu mengandungi 50 karton, ditutup dengan kanvas di dalam bot pancung berkenaan dan sebahagian daripadanya sempat dipunggah ke jeti tersebut.


Ahmad Faridi berkata rokok seludup berkenaan mendapat permintaan tinggi kerana harga yang murah sekitar RM4 sebungkus dan rampasan berkenaan merupakan yang pertama bagi tahun ini.

Beliau berkata suspek yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan rokok tersebut dipercayai turut berasal dari Indonesia dan mereka menggunakan jeti persendirian sebagai lokasi pendaratan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Rokok seludup berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Kastam untuk tindakan lanjut di bawah Akta Kastam 1967,” katanya.

Beliau meminta kerjasama orang ramai memberi maklumat berkaitan kesalahan maritim dengan menghubungi talian hotline 06-3876804. – BERNAMA

Kategori