Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

SJR Tak Dilaksanakan Selepas...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) bagi memeriksa...

Salah Guna Wang Zakat:...

GEORGE TOWN - Seorang pegawai kanan Zakat Pulau Pinang (ZPP) dan tiga lagi...

‘Keluar PAS Bukan Keluar...

MENJELANG  penubuhan secara rasmi Gerakan Harapan Baru (GHB) yang bakal dikenali sebagai Parti...

200 Kes Termasuk Dua...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan merekodkan 200 kes termasuk dua kematian berkait cuaca...

ASEAN Perlu Berani Untuk Mengekalkan Momentum

MANILA – Sepuluh anggota ASEAN yang menyambut ulang tahun ke-50 penubuhannya tahun ini wajar mengambil langkah berani untuk bergerak ke hadapan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini.

“Sudah masuk tahun ke-50 dan kita ada kerja besar untuk dilaksanakan. Kita mesti memastikan ASEAN terus memperoleh momentum untuk menjadi kumpulan serantau yang berdaya tahan.

“Kita mahu menjadikan ASEAN sebagai ekonomi yang lebih terangkum dengan memanfaatkan inovasi, kreativiti dan ekonomi digital,” katanya pada Forum Kepimpinan ASEAN di sini yang berlangsung sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-30.

Mustapa berkata ASEAN mempunyai prospek pertumbuhan yang sangat baik, dengan kadar purata 5.4 peratus.

Penyepaduan yang lebih rapat juga membolehkan negara meningkatkan dagangan sesama anggota yang kini mencatatkan kira-kira 25 peratus, selain melabur di negara anggota yang lain.

“Ada syarikat Malaysia di negara ini dan syarikat dari Filipina juga melabur di Malaysia. Ini menjadi kenyataan susulan penyepaduan ASEAN yang lebih rapat,” katanya.

Oleh itu, isu berterusan seperti Halangan Bukan Tarif, perlu ditangani, katanya.


“2017 mesti menjadi tahun bagi ASEAN melaksanakan penyelesaian berani dalam perkara ini,” katanya.

Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucaptamanya pada Sidang Kemuncal Kemakmuran Untuk Semua, berkata antara 2000 dan 2015, NTB dan Langkah Bukan Tarif di ASEAN sebenarnya meningkat berbanding 1,634 langkah kepda 5,975.

“Bagi ASEAN merealisasikan jumlah sasaran ekonomi sebanyak US$9.2 trilion (RM40 trilion pada 2050), NTB dan NTM perlu dikurangkan sebanyak 50 peratus,” kata Perdana Menteri.

Mustapa berkata ASEAN juga perlu meningkatkan proses membuat keputusan, menyelesaikan isu menerusi pendekatan yang lebih berasaskan peraturan dan melengkapkan cara ASEAN.

Yang lebih penting, menteri perdagangan itu berkata ASEAN berpaksi rakyat mesti menjadi teras kepada semua inisiatif. – BERNAMA

Kategori