Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Akta Hasutan 1948 Bukan...

JOHOR BAHRU - Akta Hasutan 1948 bukan alat politik untuk menutup ruang kritikan...

AMK Pertahan “Kesucian” Demonstrasi...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menafikan demonstrasi jalanan yang menyebabkan kedudukan...

Chacha Maembong Ada Sebab...

SEBELUM ini, pereka fesyen Ezuwan Ismail ada meluahkan kekecewaannya di atas perbuatan seorang...

Mahkamah Tolak Rayuan 372...

PUTRAJAYA - Sebanyak 372 peneroka Felda bukan sahaja gagal dalam rayuan mereka berhubung...

Atlet Guna Bahan Terlarang Diharam Sertai Sukan – KBS

LAHAD DATU – Kementerian Belia dan Sukan Sabah mengharamkan atlet yang didapati menggunakan bahan terlarang untuk menyertai sebarang aktiviti sukan di negeri ini termasuk bina badan.

Menterinya Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan atlet yang menggunakan bahan terlarang tetapi masih mahu menyertai acara sukan di negeri ini

“Ada atlet, contoh dalam bina badan, hanya kerana tidak mahu kalah dengan pihak lawan dan mahu otot bisep lebih besar lagi mulalah menggunakan bahan seperti suntikan steroid,” katanya semasa berucap merasmikan kejohanan Mr Sabah 2017 Peringkat Negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata, penggunaan bahan terlarang itu hanya merosakkan kehidupan atlet sendiri sekali gus nama Majlis Sukan Negeri Sabah.

Selain itu, beliau turut menyifatkan masalah obesiti di negara ini merupakan pembunuh senyap yang berupaya meragut nyawa, justeru pelbagai pendekatan dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional dalam mencegah perkara itu.


“Termasuklah dengan mengisytiharkan setiap Sabtu minggu kedua bulan Oktober sebagai hari Sukan Negara yang mana semua rakyat Malaysia bersama menerapkan budaya hidup sihat untuk mengadakan aktiviti fizikal demi kesihatan tubuh badan,” katanya.

Tawfiq yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Apas di Tawau menasihati penduduk di daerah ini agar memanfaatkan masa yang ada dengan melakukan senaman untuk gaya hidup sihat. – BERNAMA

Kategori