Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

TH Terus Mantapkan Dokumen...

MAKKAH - Tabung Haji (TH) sedang memperkemaskan prosedur operasi haji dan pensijilan Sistem...

Tunggakan Gaji: Kafa ‘Cabar’...

KUALA LUMPUR - "Saya mengalu-alukan mereka ambil tindakan jika mereka rasa itu tindakan...

Pesta Loy Krathong &...

PASIR MAS - Pesta Loy Krathong dan Songkran yang disambut oleh masyarakat Siam...

Diana Danielle Diselar Peminat...

SEJAK berkahwin dan bergelar ibu, macam banyak pula kontroversi yang menghimpit pelakon Diana...

Bahrain Hargai Hubungan Erat Dengan Malaysia

KUALA LUMPUR – Raja Bahrain Hamad bin Isa Al Khalifa menyuarakan rasa bangga baginda kepada Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan hubungan erat yang terjalin antara Malaysia dan Bahrain.

Menurut laporan Agensi Berita Bahrain (BNA) di Manama pada Ahad, baginda juga kagum dengan kerjasama erat dalam pelbagai bidang kepentingan bersama terutama dalam bidang ketenteraan dan pertahanan.

Raja Bahrain itu berkata demikian semasa menerima kunjungan Hishammuddin di Istana Al-Sakhir pada Ahad. Turut hadir semasa pertemuan itu ialah Perdana Menteri Bahrain Khalifah bin Salaman Al Khalifah dan Putra Mahkota Salaman bin Hamad Al Khalifah.

Baginda turut menghargai sumbangan Malaysia dalam membantu menjaga keamanan dan kemakmuran di rantau itu yang memberi manfaat kepada semua.

Tambah baginda, lawatan Hishammuddin ke Bahrain menyumbang ke arah pengukuhan kerjasama dua hala di samping meningkatkan penyelarasan bersama.

Antara perkara lain yang dibincangkan dalam pertemuan itu adalah perkembangan isu serantau dan antarabangsa dan beberapa isu yang menjadi perhatian bersama.


Dalam pertemuan itu, Hishammuddin menyampaikan salam serta doa Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Raja Bahrain dan rakyat baginda agar terus maju dan harmoni.

Baginda membalas salam dan mendoakan agar Malaysia dan rakyatnya juga terus menikmati kemajuan dan kemakmuran.

Hishammuddin turut melahirkan rasa terima kasih dan penghargaan beliau kepada Raja Bahrain atas kerjasama dan hubungan erat antara kedua-dua negara. – BERNAMA

Kategori