Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Video: Kakitangan Sekolah Campak...

RAKAMAN video menunjukkan potret bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diturunkan...

VIDEO: Pope Francis Terima...

POPE Francis telah menerima pizza daripada seorang individu ketika membuat lawatan di Naples, Itali...

Obama Salur Dana Hampir...

WASHINGTON - Beberapa jam sebelum pentadbiran Obama berakhir, ia mengingkari bantahan parti Republikan...

Murid Meninggal Dunia Akibat...

KOTA KINABALU: Seorang murid di sebuah sekolah rendah di Sandakan dilaporkan meninggal dunia...

Bakal Jadi Bapa, Nubhan Hadir Kursus Penjagaan Bayi

PENYANYI Nubhan, 31, yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi mengambil inisiatif menghadiri kursus penjagaan bayi agar tidak berasa janggal semasa menguruskan bayinya itu nanti.

“Saya menghadiri kelas menguruskan bayi di salah sebuah hospital swasta di Seremban dan ia sangat membantu lebih-lebih lagi untuk mereka yang pertama kali bergelar ibu-bapa.

“Dalam kelas tersebut, saya didedahkan tentang cara untuk memberikan sokongan moral kepada isteri semasa melahirkan anak dan bagaimana cara penjagaan bayi yang masih kecil dengan betul.

“Selepas mengadiri kursus tersebut, saya menjadi lebih teruja dan tidak sabar menunggu kelahiran bayi kami,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Nubhan, segala persiapan untuk menyambut kelahiran puteri sulungnya telah dilakukan sejak beberapa bulan yang lalu dan dia serta isterinya juga banyak menerima hadiah dari rakan dan saudara mara mereka.


“Saya dan isteri sudah menyiapkan kelengkapan untuk anak kami semasa kandungan berusia lima bulan dan barangan tersebut bukan sahaja dibeli, malah ada yang diterima sebagai hadiah,” katanya.

Tambah Nubhan lagi, dia dan isterinya belum memilih nama dan masih lagi mencari nama yang sesuai untuk diberikan kepada bayi mereka yang bakal lahir pada Mei depan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori