Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Majlis Kahwin Jadi Kecoh...

SEBUAH majlis perkahwinan yang sepatutnya diraikan dengan kemeriahan bertukar kecoh apabila berlaku pergaduhan...

Pengotor Betul! Manusia ke...

ADATLAH... Apabila sudah sewa rumah orang tu, maka haruslah menjaga milik tuan rumah...

PBNJ Kutuk Penyokong Ganggu...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ)  mengutuk tindakan segelintir penyokong Johor...

Ahmad Zahid Akan Didakwa...

PUTRAJAYA - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan...

Banjir Lumpur: Jalan Gua Musang-Lojing Dibuka Semula

GUA MUSANG – Jalan Gua Musang-Lojing di Kampung Jedip yang ditutup berikutan kejadian banjir lumpur semalam, kembali dibuka kepada semua kenderaan.

Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Jajahan Gua Musang, Fadhlil Wafi Nordin berkata kejadian banjir lumpur sepanjang 70 meter di laluan itu adalah berikutan kegiatan pembukaan tanah di kawasan bukit berhampiran.

“Setakat 11 pagi tadi, kerja pembersihan masih dijalankan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli Pos Brooke, Kamal Rami berkata kejadian banjir lumpur itu adalah kali ketiga berlaku di jalan tersebut sejak Januari lepas.


Beliau berkata banjir lumpur itu berpunca dari bukit berhampiran Kampung Jedip yang digondolkan oleh pengusaha kebun sayur sejak setahun lepas. – BERNAMA

Kategori