Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Saya Tidak Pernah Anggap...

JIKA sebelum ini seorang wanita bernama Karen Crespo berjaya mencuri tumpuan pada Minggu...

Rakyat Malaysia Antara 4...

SINGAPURA - Seorang wanita warganegara Malaysia berusia 46 tahun merupakan antara empat kes...

PAS Sokong Penuh Bersatu...

SHAH ALAM - PAS menyatakan pendirian menyokong penuh keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia...

DAP Takut PKR Untuk...

GEORGE TOWN - Keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP untuk tidak meneruskan...

Bank-Bank Malaysia Dijangka Stabil Bagi Tempoh 18 Bulan

SINGAPURA – Prospek bagi sistem perbankan Malaysia bagi tempoh 12-18 bulan akan datang dijangka terus stabil, didorong oleh persekitaran operasi yang kukuh serta peningkatan pertumbuhan global, pemulihan harga komoditi serta permintaan domestik yang terus berkembang, kata Moody’s Investors Service.

“Perkara penting dalam unjuran kami itu adalah jangkaan bahawa persekitaran operasi akan stabil, disokong oleh pemulihan pertumbuhan global secara berperingkat yang akan memacu peningkatan kualiti aset serta keuntungan bank.

“Malah, paras pembiayaan bank-bank yang kukuh dan stabil serta sokongan berterusan kerajaan yang turut kami jangkakan, akan menjadi antara faktor yang mempengaruhi unjuran terhadap bank-bank Malaysia,” kata Naib Presiden/Penganalisis Kanan, Simon Chen.

Hasil itu dipaparkan menerusi laporan ‘Banking System Outlook — Malaysia: Stabilising Asset Risks and Profitability, Strong Capital Drive Stable Outlook’.

Unjuran itu dibuat berdasarkan penilaian stabil Moody’s terhadap keadaan operasi, kualiti aset dan modal, pembiayaan dan mudah tunai, keuntungan dan kecekapan serta sokongan sistemik.

Penarafan Moody’s itu membabitkan sebanyak lapan bank komersial konvensional dan masing-masing sebuah bank pelaburan, bank Islam dan institusi pembangunan kewangan milik kerajaan di Malaysia.

Bank-bank komersial yang dinilai itu mewakili kira-kira 80 peratus daripada pinjaman sistem perbankan dan deposit Malaysia pada akhir 2016.

Menurutnya, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar sepatutnya mencatat purata 4.3 peratus pada 2017-2018 iaitu meningkat daripada 4.2 peratus pada 2016 yang menunjukkan kegiatan ekonomi domestik yang memberangsangkan.

Moody’s bagaimanapun mengingatkan ketidaktentuan ringgit akan terus wujud berikutan faktor pelarasan aliran modal susulan yang akan memberi tekanan terhadap sentimen perniagaan dan pengguna.

Menurut laporan itu, risiko aset juga semakin stabil dipacu oleh peningkatan persekitaran makroekonomi.

Bagaimanapun, katanya, paras leveraj korporat dan isi rumah kekal menjadi risiko berterusan dan kesannya diimbangi oleh ekonomi Malaysia yang pelbagai dan keadaan pekerjaan yang stabil.

Mengulas aspek modal, laporan itu berkata permodalan bank-bank akan stabil akibat pertumbuhan pinjaman yang sederhana.


Namun, ini masih belum memadai untuk berdepan kejutan kualiti aset dalam pelbagai senario yang boleh memberi tekanan.

“Bank-bank ini akan memaparkan profil pembiayaan dan mudah tunai yang stabil berikutan kelemahan pertumbuhan kredit walaupun persekitaran mudah tunai domestik itu dikawal daripada ketidaktentuan aliran modal,” katanya.

Malah, setakat ini, impak aliran keluar dana sejak 2015 terbukti dapat diuruskan sistem perbankan yang mana deposit runcit kekal mencatat pertumbuhan memberangsangkan serta mengimbangi tekanan akibat aliran keluar deposit institusi, kata laporan itu.

Selain itu, persaingan deposit dalam kalangan bank pula kekal sihat dan berada pada paras yang sejajar dengan ketetapan nisbah liputan mudah tunai Basel III.

Laporan Moody’s itu turut mendapati, keuntungan bagi tempoh 12-18 bulan seterusnya akan stabil apabila kos kredit kembali normal daripada paras sebelumnya, didorong oleh usaha pengukuhan risiko aset.

Tekanan margin, bagaimanapun, akan terus wujud berikutan persaingan membabitkan aspek deposit.

Laporan itu juga menjangkakan kerajaan Malaysia akan terus memberi sokongan kukuh terhadap bank ketika tempoh sukar menerusi komitmen terhadap usaha pembaharuan fiskal dan mengurangkan defisitnya.

Moody’s turut menilai Malaysia sebagai negara yang mendapat sokongan tinggi berikutan kerana tiada sebarang masalah kegagalan bank sejak penubuhan Bank Negara Malaysia pada 1959.

Moody’s juga berpandangan, usaha pembaharuan kawalseliaan baru-baru ini tidak mencerminkan sebarang perubahan dasar kerajaan membabitkan pembubaran bank-bank bermasalah di luar lingkungan penyelesaian. – BERNAMA

Kategori