Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Cabaran Masa Kini Tugas...

KUALA LUMPUR - Ramai beranggapan, tugas sebagai guru tidak memerlukan seseorang itu bekerja...

Kes ‘Cuci’ Duit Haram:...

Kuala Lumpur: Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengarahkan siasatan terperinci dilakukan susulan pendedahan kes sindiket perjudian dalam talian dan pengubahan wang haram sehingga tertangkapnya beberapa anggota polis termasuk pegawai kanan.- MYNEWSHUB

Jangan Putus Asa Walaupun...

KUALA LUMPUR - Walaupun kehilangan tangan kiri selepas mengalami kemalangan motosikal pada 2013,...

Anak Pukul Bapa Akibat...

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan seorang lelaki kerana mengamuk dan memukul bapanya berusia...

Bayar RM71,000 Hanya Untuk Baring Atas Katil

TIDAK dapat disangkalkan lagi, ia adalah kerjaya impian ramai. Anda tidak perlu berbuat apa-apa sebaliknya hanya perlu baring di atas katil selama 60 hari dan akan dibayar sebanyak RM71,000.

Pihak yang akan membuat bayaran adalah saintis dari Institute for Space Medicine and Physiology di Toulouse, Perancis.

Kajian itu adalah untuk mengkaji kesan mikrograviti bagi menghasilkan `kesan tanpa berat’ di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Apa yang perlu dilakukan ialah memastikan sebelah bahu sentiasa melekat pada katil sepanjang masa termasuk ketika berak atau kencing.

“Dalam tempoh dua minggu pertama, saintis kami akan melakukan ujian dan mengambil ukuran untuk sukarelawan. Ia akan diikuti dengan 60 hari di mana mereka perlu kekal di atas katil dengan kepala sedikit condong ke bawa pada jarak kurang daripada enam darjah.


“Semuanya adalah atas nama sains namun kami memberi ingatan bahawa kerja ini adalah sukar kerana mereka yang ingin memohon perlu mengetahui semua aktiviti termasuk makan dan mandi adalah ketika berbaring di atas katil,” kata penyelaras projek itu, Dr. Arnaud Beck.

Sebelum ini angkawan yang menghabiskan tempoh yang panjang di angkasa lepas mengalami kehilangan otot di dalam badan, penurunan kepadatan tulang dan sukar untuk berdiri. – MYNEWSHUB.CC

Kategori