Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Idris Jusoh Syok Sendiri,...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen pembangkang mengkritik kenyataan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri...

Denda Kesalahan Buang Sampah...

GEORGE TOWN - Kerajaan DAP Pulau Pinang bercadang untuk mengenakan denda lebih berat...

7 Bukti Mat Salleh...

SELEPAS gagal dalam beberapa siri percintaan termasuk bersama pelakon Johan Asari, Lana Nordin akhirnya...

Pengorbanan Masa Dan Keringat...

SUSULAN kejadian banjir kilat di beberapa negeri termasuk Selangor sejak Jumaat lalu, Agensi...

Bayi 8 Bulan Ini Nafsu Makan Macam Budak 4 Tahun

MELIHAT kebesaran tubuh badannya, siapa sangka bayi ini sebenarnya baru berusia lapan bulan.

Dek kerana itu kebesaran luar biasa yang dimiliknya itu, bayi perempuan bernama Chalat Kumar dari Punjab, India, ini lantas menjadi perhatian seluruh dunia.

Chalat yang memiliki berat 17 kg iaitu persamaan berat normal bagi kanak-kanak yang berusia 4 tahun dilaporkan cepat naik berat badan kerana mempunyai selera makan yang tinggi.

Bayi 8 Bulan Ini Nafsu Makan Macam Budak 4 Tahun

Bayi 8 Bulan Ini Nafsu Makan Macam Budak 4 Tahun

Malah, nafsu makan bayi ini turut diibaratkan seperti kanak-kanak 10 tahun.

Semasa dilahirkan, Chalat memiliki berat normal, namun mula berat badannya naik secara berlebihan apabila berusia empat bulan.

Menurut ibunya, Reena, 21, anaknya selalu mahukan makanan dan sekiranya tidak diberi Chalat akan menangis sepanjang masa.

Tabiat pemakanan bayi ini turut merunsingkan para doktor yang merawatnya sehingga ujian darah juga tidak dapat dilakukan dengan betul kerana ketebalan lemak yang dimiliki.


Masalah obesiti Chalat juga mengakibatkan bayi ini mengalami kesukaran bernafas dan sering tidur.

Bayi 8 Bulan Ini Nafsu Makan Macam Budak 4 Tahun

Sementara itu, bapanya, Suraj Kumar, 23, menyalahkan apa yang berlaku kepada anaknya adalah kerana takdir Tuhan.

“Beratnya bertambah hari ke hari.

“Ini bukan silap kami. Tuhan yang memberikan keadaannya seperti itu. Kuasa bukan di tangannya. Saya berasa teruk apabila ada yang mentertawakannya kerana gemuk,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: DailyMail

  • Lagi berita berkaitan:
  • bayi

Kategori