Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PRK : Tiada Sebarang...

TUMPAT - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menerima sebarang bantahan oleh mana-mana parti...

Bayi Alami Ketumbuhan Seperti...

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ini yang dialami oleh seorang...

Akhirnya.. Scha Dedah Gambar...

Seperti diketahui umum, pasangan ibu bapa baru Awal Ashaari dan Scha Al Yahya...

Peminat Minta Shukri Yahaya...

ISTERI kepada pelakon, Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan meluahkan rasa tidak puas hati...

Bayi Aneh Iraq Selamat Jalani Pembedahan

NEW DELHI – Bayi yang dilahirkan dengan lapan anggota badan selamat menjalani pembedahan di India untuk membuang lebihan kaki dan tangannya.

Pembedahan itu merupakan yang pertama seumpamanya dilakukan di dunia.

Karam yang berusia tujuh bulan dilahirkan di Iraq dalam keadaan aneh apabila pasangan kembar siamnya tidak membentuk dengan sempurna menyebabkan dia dilahirkan dengan lebihan anggota badan.

Bapa bayi itu, Sarwed Ahmad Nadar menerbangkan Kalam ke India untuk menjalani pembedahan di mana doktor melakukan pembedahan tiga peringkat untuk membuang lebihan anggota badan itu.

Perunding kanan Ortopedik, Gaurav Rathore yang menjadi sebahagian daripada pasukan pembedahan berkata terdapat hanya lima atau enam kes seperti itu dilaporkan di seluruh dunia sekali gus menjadikan tugas doktor lebih sukar.

“Kami merawatnya sejak berusia dua minggu dan keadaannya amat unik. Sehingga kini perjalanan kami agak berjaya. Karam merupakan bayi yang sangat berani. Malah dia juga seorang yang periang,” katanya.


Pasukan perubatan di Hospital Jaypee menjalankan pembedahan itu dalam tiga peringkat.

Pertama mereka membuang kaki yang melekat di luar perutnya sebelum merawat komplikasi jantung.

Prosedur terakhir menyaksikan doktor membuang semua anggota badan lebihan walaupun dia perlu melalui beberapa prosedur lain ketika meningkat dewasa untuk membetulkan anomali lain. – mStar Online

Kategori