Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Krisis Pakatan Rakyat –...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang menuduh PAS sebagai punca kepada...

PKR Alu-Alukan Sesiapa Sahaja...

SHAH ALAM - PKR mengalu-alukan sesiapa sahaja, termasuk anggota UMNO, yang yakin dengan...

Rico Rinaldi Dibidas Kerana...

Bakat Rico Rinaldi dalam bidang fesyen sememangnya tidak dapat dinafi kerana sering menghasilkan rekaan...

PAS Akui Negara Perlukan...

KUALA LUMPUR - PAS mengakui kerajaan bukan sengaja mahu membawa masuk pekerja asing...

Bekalan Air Terjejas Di Kawasan KL, Gombak

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur dan Gombak sedang mengalami gangguan bekalan air sementara akibat gangguan bekalan elektrik sejak 4 petang tadi di Rumah Pam Kolam Bukit Tadun.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) memaklumkan, antara kawasan terlibat bagi Wilayah Gombak ialah Ampang Jaya, Taman Tar, AU1 hingga AU5, Bukit Antarabangsa, Taman Ukay Indah, Kampung Klang Gates, Setapak Jaya, Taman Uda Jaya, Taman Rasmi Jaya, Kampung Datuk Keramat dan Dataran Ukay.

Antara kawasan terjejas di Kuala Lumpur ialah Pulapol, Wisma Tanah, Taman Shamelin Perkasa, Gurney Height, Taman Miharja, Taman Maluri, Jalan Padang Tembak, Pandan Utama, Jalan Semarak dan Dataran Felda dan Pusat Dialisis Felda.

“Bekalan air akan kembali seperti sedia kala setelah gangguan bekalan elektrik pulih,” menurut Syabas dalam kenyataan hari ini.


Pengguna boleh merujuk maklumat terkini mengenai kerja-kerja pembaikan itu di www.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar ‘mySyabas’, facebook ‘Air Selangor’ atau twitter ‘air_selangor’. – BERNAMA

Kategori